Saturday 15 October 2011

Buat insan yg bergelar Muslimah.


Kaum muslimah dianggap permata yang menyeri bumi yang indah ini, jikalau tiada kaum yang indah ini nescaya dunia akan hilang kekayaannya yang paling berharga. Bayangkan dunia ini tiada warna.
Sungguh besar kekuatan kaum hawa sehingga terbina istana, tamadun, dan kerajaan kerana kaum hawa malah hancurnya sebuah kerajaan, tamadun kerana kaum hawa juga.
Kaum hawalah yg membawa permata, mutiara lahir ke bumi yg indah ini. Alangkah besarnya jasa-jasa kaum hawa.Kerana itu, kaum hawa tinggi disisi ALLAH. Segala kesakitan , keperitan, kesusahan semuanya dikira ALLAH kerana jasa yang mulia ini.
Kaum hawalah juga yang menjadi tempat mengadu bagi suami tersayang, seperti Rasulullah sollahu alaihi wasallam meluahkan resahnya kepada isterinya Khadijah. Kaum hawa juga terlibat secara langsung dalam perjuangan islam. Begitu indahnya martabat kaum hawa disisi islam.
Tetapi semua itu semakin berubah.
Adakah disebabkan oleh pengaruh barat?
Adakah disebabkan lelaki?
Adakah disebabkan kekayaan dunia?
Sekarang, ada sebahagian dari mereka menjadi buta dengan dunia yang sedang berubah dan terlalu leka dengan kesenangan.
Wahai kaum yang mulia, janganlah kamu hilang sifat malu, janganlah kamu mendedahkan auratmu , janganlah kamu melembutkan suara di depan lelaki ajnabi,janganlah artis itu menjadi idola kamu,janganlah fashion itu menjadi ikutan kamu,janganlah musik yang berunsurkan negatif menjadi hobi kamu.Peliharalah dirimu sebaik-baiknya.
Ikutilah serta contohilah isteri-isteri Nabi serta serikadi-serikandi mulia di zaman kebangkitan Islam seperti Khadijah,Aisyah dan lain-lain.
Tahukah kamu bahawa kaum hawalah yang banyak menjadi bahan bakar kepada api neraka. Tiada niat didalam hati ini untuk menakutkan kaum hawa tetapi itulah hakikatnya kerana keterangan ini terdapat didalam hadith.
Wahai kaum yang berhati mulia, adakah dunia ini menjadi masih menjadi pilihan kamu.?
Masihkah lagi kamu lena dengan tipu daya dunia.?
Adakah kamu tidak takut dengan pelbagai bencana alam yang menimpa dunia hari ini.?
Adakah kamu sedar bahawa hidup didunia ini hanya sementara?
Diri ini ingin meminta maaf atas kekasaran bahasa tetapi itulah bahasa yang paling lembut bagi ku untuk menasihati kamu duhai kaum hawa.
Janganlah kamu rasa dirimu lemah dan jahil tentang islam kerana islam itu sudah menjadi fitrah semulajadi pada dirimu. Fitrah itu sudah sebati dengan dirimu.
Janganlah cuba memanggil kawanmu hipokrit kerana berubah kepada fitrah asal. Ingatlah, mereka berubah kerana mengikuti hati mereka bukan nafsu semata-mata. Mereka itulah orang yang beruntung. Manakala orang yang tidak mengendahkanya adalah orang yang rugi.
Kehidupan didunia hanya 100 tahun paling lama tetapi satu hari kehidupan di akhirat bersamaan 1000 tahun. Bayangkan.
Adakah banyak amalan kita?
Perbanyakkanlah bertaubat wahai sahabat-sahabat sekalian,kerana kita ini manusia yang fitrah dengan dosa noda. Walaupun dosa kita sebesar dunia,tetapi ALLAH masih lagi menerima taubat kita,hanya menunggu untuk kita bertaubat sahaja.Itulah menunjukkan tanda sayang ALLAH kepada kita.
Adakah kita sayang kepada ALLAH?
Barangsiapa yang ingin mengetahui kedudukan dia di sisi ALLAH,maka lihatlah bagaimanakah kedudukan ALLAH di hatinya.
Kaum muslimah, kaum mu begitu istimewa disisi Tuhan, kekalkanlah keistimewaan itu dengan sentiasa taat kepadaNya kerana dunia yang kita duduki dan nikmati akan tiba ke penghujungnya. Jikalau kamu terlupa akan ALLAH, renungkanlah langit serta penciptaanNya dan anggaplah dirimu begitu kerdil berbanding dengan kekuasaanNya yang Maha Agung.




Genghis khan_2011.

No comments:

Post a Comment