Thursday 27 October 2011

Khat Riq'ah

by Firdaus Mahadi


PENGENALAN KHAT RIQ'AH 

Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah). Tujuan utama mereka mencipta khat ini ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan.

Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. Ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat Nasakh. Penggunaan khat Riq’ah dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada tulisan dan nota sahaja, berbanding khat Nasakh yang begitu meluas digunakan, khususnya dalam penerbitan buku, majalah dan akhbar.

Justeru, beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat Riq’ah dipelajari oleh murid-murid di sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian, seperti urusan surat-menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar di dalam akhbar.



No comments:

Post a Comment