Friday 7 October 2011

Petua Kecantikan: Petua Kuruskan Badan


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Siapa yang nak kuruskan badan? Mesti ramai di antara anda yang mengimpikan untuk memiliki bentuk tubuh yang ideal, kan? Jadi, saya nak kongsi satu petua kecantikan dengan anda nih. Iaitu petua kuruskan badan.

Perkara yang boleh anda amalkan untuk kuruskan badan ialah dengan meminum air asam jawa dan bonglai. Kalau anda tak tahu apekebende bonglai tu, boleh rujuk gambar kat bawah ni;


Pokok Bonglai (Zingiber Cassumunar)
Pokok Bonglai (Zingiber Cassumunar) - kanchanapisek.or.th



Apa yang perlu anda buat adalah:

1. Ambil segenggam asam jawa yang telah diperah pekat.

2. Ambil sedikit akar kunyit dan akar bonglai.

3. Kemudian rebus perahan air asam jawa, akar kunyit dan akar bonglai dengan menggunakan 2 gelas air sehingga mendidih.

4. Bila air rebusan dah mendidih, biarkan ia sejuk dulu.

5. Lepas tu, minumlah air rebusan tersebut pada setiap pagi.

6. Amalkan sekali jer dalam sehari.


Selamat Mencuba!


p.s: Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut mengenai tips kuruskan badan tanpa menggunakan sebarang ubat, sila dapatkan panduan selengkapnya di SINI.

No comments:

Post a Comment