Showing posts with label fashion. Show all posts
Showing posts with label fashion. Show all posts

Monday, 23 January 2012

Cara untuk Tentukan Harga Upah Jahit Manik

Salam ladies and gents ;)

Kali ni saja nak share pasal 'cara untuk anda menentukan harga upah jahit manik'. Mungkin ada yang dah tahu pasal teknik yang akan saya share ni, so kalau dah sila abaikan entry ini. Kalau rasa tak releven cara saya ni, sila abaikan juga entry ni, terima kasih.

Saya dapat tahu cara ni pun dari sifu manik Rosita Jaafar masa saya attend Bengkel Gabungan Warna & Melakar Corak yang diadakan oleh beliau a few months ago (ke last year.. x ingat dah :P). Tapi ada juga beberapa perkara yang saya pandai-pandai tambah :P So, here it goes...

Langkah pertama:-
Tentukan gaji sejam berapa RM untuk diri anda. Contoh RM10 untuk satu jam. Darabkan gaji anda (RM10) dengan jumlah jam anda ambil untuk siapkan satu baju. Contoh 10 jam. Jadi, upah jahit manik:-

RM10 x 10 Jam = RM100

Kalau rasa nak cepat kaya, letak la RM100 untuk saju jam, tapi kalau satu baju anda buat dalam 10 jam, upah jahit manik satu baju dah cecah RM1000, nanti orang dah tak nak hantar baju pulak :) So patut-patut la letakkan gaji untuk diri sendiri walaupun memang anda bos nya ;)

Langkah kedua:-
Tambahkan upah jahit manik tadi dengan modal. Contoh, modal untuk satu baju RM50, so:-

RM100(upah) + RM50(modal) = RM150

Modal termasuk manik, labuci, benang, jarum, minyak anda ke kedai manik (postage charges kalau beli manik online), dan lain2 yang anda gunakan untuk menyiapkan baju tersebut.

Langkah ketiga:-        
Tambahkan jumlah dari langkah kedua tadi dengan 'additional charges'.
Contoh, kain yang sangat susah untuk dijahit, customer nak baju siap cepat, design yang digunakan adalah design anda sendiri, design baru (eksklusif untuk baju tersebut), 'consultation', atau apa-apa 'charges' yang anda rasa perlu untuk ditambah. Contoh additional charges RM20, so:-

RM150(upah+modal) + RM20(additional charges) = RM170

Langkah keempat:-
Mungkin orang yang menghantar baju pada anda adalah adik-beradik, saudara-mara, jiran, regular customer, kawan satu office atau kawan baik anda, jadi mungkin anda perlu bagi diskaun pada mereka. Contoh diskaun 20%.

RM170 - 20% = RM136 (bulatkan jadi RM140)

Anda tidak perlu beri diskaun jika anda tidak mahu, terpulang pada keikhlasan anda :)

Itu saja langkah-langkah untuk anda menentukan harga upah jahit manik. Kalau anda rasa teknik ni berguna mungkin anda boleh 'apply' lepas ni. Sekurang-kurangnya, bila customer tanya macam mana anda kira harga upah, anda ada 'point' anda, dan customer akan rasa berbaloi hantar baju pada anda. Tapi, yang paling penting sekali, pastikan anda menjaga kualiti jahitan anda, gunakan material yang berkualiti dan siapkan baju pada waktu yang dijanjikan (peringatan untuk diri sendiri jugak ni..) :)

Happy beading everyone!!

di ambil dari ---->   BUTTERFLYBEADS :))
http://butterflybeads.blogspot.com/2010/12/cara-untuk-tentukan-harga-upah-jahit.html

Cara Jahit Manik Tabur

Sebelum mula ape2, pastikan peralatan + manik2 (mandatory) telah tersedia. 
(Pesanan penaja: abaikan bground meja yg tgh berselerak)
Step 1: Seperti biasa buatkan 1 simpulan. (Bole mula dr mane2 permukaan atas fabrik. Tapi dah ‘alah bisa tegal biasa’  lah kan, menjadi habit kite start dr jahitan cantuman lengan baju :) ) Pastu, masukkan sebutir manik.
Step 2: Positionkan benang (masa tarik benang) secara bersilang. Susupkan jarum secara bertentangan di hujung manik 1st dan keluarkan jarum dengan menganggarkan jarak kepanjangan 1 butir manik hexagon. Tarik benang perlahan-lahan.
Step 3: Dah tarik, masukkan sebutir manik (2nd manik – tak kisah wane ape pun janji ikut kesukaan. Tapi musti pastikan rules color scheme dipatuhi).
Step 4: Ulang step 2 berulang kali (utk memenuhi ruang lakaran kite) dan yg penting pastikan jarak kepanjangan sentiasa mengikut manik.
Inilah hasil nye! (tak abis jait lagi ni – WIP. Jubah ni  k.Hajjah beli mmg dah ade corak sulaman benang by machine. So dia minta, some embelishment dgn manik2 to be done, utk dia pakai mlm dinner function ofis. Insya allah, sempat..)
Lepas ni, kite tunjukkan mcm mane nak jait lis utk baju kurung!

JOM BELAJAR MENJAHIT

http://maribelajarsulamanmanik.com/menjahit-manik-pada-fabrik-lycra/

Friday, 19 August 2011

Bila tudung dipakai kerana fesyen..


“(Ini adalah) satu surah yang Kami turunkan dan Kami fardukan (menjalankan hukum yang ada dalam)nya, dan Kami turunkan dalamnya ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.” 
(Surah an-Nur, ayat 1)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka...” 
(Surah an-Nur, ayat 31).

Marilah kita renungkan bersama surah an-Nur ini yang terkandung di dalamnya peringatan dan pesanan KHAS yang ditujukan ALLAH kepada kaum hawa yang mukmin terutamanya..ayat yang mewajibkan wanita beriman menutup auratnya..melabuhkan tudungnya hingga ke dada dan tidak berhias berlebihan (bertabarruj)..

Akhir-akhir ini, pelbagai jenis fesyen tudung ada di pasaran..pelbagai jenis, rupa dan bentuk..positifnya, semakin ramai yang memilih untuk memakai tudung kerana si pemakai tudung juga masih boleh tampil anggun dan menawan..

Negatifnya, semakin ramai yang memakai tudung bukan kerana Allah semata-semata..bukan kerana ingin menjaga auratnya dan takutkan azab Allah..tapi hanya kerana mengikut 'trend' atau fesyen berpakaian masa kini..

Aurat ditutup tidak sempurna dan tujuan bertudung hanya ingin nampak cantik dan anggun di mata orang lain terutamanya lelaki....'pandangan manusia' lebih diutamakan daripada 'pandangan ALLAH'..terlalu takut dipandang tidak cantik oleh manusia, sedangkan tidak merasa gerun jika ALLAH melaknat apa yang kita pakai..nauzubillahi min zalik..

Mari kita lihat, adakah kita tergolongan dalam gambar di bawah..nampak semuanya bertudung..namun, betulkah seluruh aurat mereka telah tutup bertepatan dengan suruhan Allah dalam surah an-nur??
   


Ciri-ciri tudung kepala yang dituntut oleh syara‘ itu adalah seperti berikut:

1. Tudung itu menutupi seluruh kepala termasuk leher, kecuali kawasan muka. Bukanlah cara bertudung yang betul menurut syara‘ jika masih menampakkan rambut, leher, tengkuk, telinga, bahagian dada dan seumpamanya. 

Firman Allah :
Tafsirnya: “Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;….”
(Surah an-Nur: 31)

Belahan baju itu letaknya di kawasan dada. Oleh yang demikian, tudung kepala itu hendaklah juga menutup atau menyembunyikan bahagian dada.Dalam ertikata lain, tudung tersebut mestilah labuh menutup bahagian dada dan menyembunyikan 'bentuk' dada tersebut.Bukan sekadar labuh tapi menampakkan bentuk dada

2. Tudung itu diperbuat daripada kain atau bahan yang tebal yang menutupi warna kulit dan rambut dari kelihatan. Bukan tudung yang jarang, nipis atau berlubang-lubang sehingga boleh menampakkan warna kulit atau anggota aurat yang lain.


Bolehkah kita menutup aurat dengan sempurna seperti ini?



Larangan Bertabarruj (berhias berlebihan)

Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,

Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60]

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah 

Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33] 

Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan, 

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” 

Abul A’la al Maududi berkata: 
“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya); 

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. 

Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak

"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].

“Barangsiapa yang memakai pakaian yang megah ketika di dunia, maka Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan pada hari Qiamat, kemudian dinyalakan api di dalamnya (pakaian tersebut)."
(Hadits riwayat Ibnu Majah)





Jom kita check beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini.. Suruhan ALLAH vs. Ikutan Fesyen

Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan

 

Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..

Dari Ummu Ja’far bintu Muhammad bin Ja’far, bahawa Fathimah binti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam pernah berkata:

“Wahai Asma’, sesungguhnya aku memandang buruk seorang wanita yang mengenakan pakaian tetapi masih menggambarkan bentuk tubuhnya.” (Atsar Riwayat abu Nu’aim, al-Hilyah, 2/43. al-Baihaqi, 6/34-35)


 

 Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta

 

Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat

Pelbagai jenis gaya dan fesyen


Jelas menampakkan leher dan telinga seperti pakaian wanita jahiliyyah
“Dan hendaklah mereka menutupkan (memanjangkan) kain tudung (khimar) ke dadanya,” 

Maksudnya, kain tudung yang memanjang melebihi dada sehingga dapat menutupi dada dan tulang dada. Hukum ini adalah supaya wanita mukmin memiliki perbezaan yang jelas berbanding dengan wanita-wanita jahiliyyah, kerana wanita-wanita jahiliyyah tidak pernah melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah tersebut. Menjadi kebiasaan mereka lalu di hadapan para lelaki dengan menampakkan dada tanpa ditutupi. Malah, mereka juga menampakkan leher, jambul rambut, dan anting-anting telinga mereka.

 Pakaian dan tudung menyerupai rahib kristian


 



Berpakaianlah seperti wanita muslimah yang sebenarnya dan tunjukkan kecantikan pakaian yang menutup aurat yang betul itu di sisi islam..



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”
Inilah jawapan Rasulullah ketika ditanya anaknya fatimah, siapakah wanita malang yang dilihatnya dalam neraka ketika di isra'kan.. antaranya ialah:
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya' (riwayat muslim)
Kesedaran tentang tanggungjawab menutup aurat perlu bermula dari individu itu sendiri. Untuk menyuntik kesedaran ini, perlu ada kefahaman tentang maksud sebenar-benarnya menutup aurat. 

Apabila kaum wanita memahami maksud sebenarnya menutup aurat sebagai satu bentuk ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan juga satu nikmat yang wajib disyukuri dan dipelihara, mereka tidak akan bersikap mencuai-cuaikan dan menangguh-nangguhkan kewajipan ini atau memilih-milih waktu dan tempat untuk melaksanakannya. Sebaliknya mereka akan istiqamah dan bersungguh-sungguh melaksanakannya dengan memenuhi ciri-ciri pakaian sebagaimana yang dituntut oleh syara‘.

Ibu-bapa, suami dan keluarga mesti turut berperanan malahan bertanggungjawab untuk mendidik, membimbing dan menasihati anak, isteri, ibu dan anggota keluarga yang lain supaya sentiasa melaksanakannya. 

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)

 Atas sebab rasa cinta dan kasih srikandi kepada sahabat-sahabat dan saudara mara muslimah semua, srikandi terpanggil untuk menulis tentang aurat ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini..kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah..

Marilah kita mulakan hari ini untuk berubah ke arah yang lebih baik..jadilah muslimah yang menutup auratnya kerana takutkan ALLAH..bukan kerana ikutan fesyen semat-mata...UTAMAKAN PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA..


"Ya ALLAH, peliharalah iman kami..selamatkanlah diri,keluarga,saudara-mara dan jiran tetangga kami dari azab siksamu..peliharalah kami dari menzalimi diri kami sendiri..buka kanlah pintu hidayah buat kami..agar menjadi hambaMU yang taat melakukan suruhanmu dan meninggalkan laranganMU.." 

"Bantu kami ya ALLAH,kurniakanlah kami keimanan dan ketaqwaan yang tinggi agar menjadi wanita solehah yang sentiasa menjaga aurat kami sebaik mungkin.." 

Amin..YA RABB..

PERINGATAN BUAT DIRI SRIKANDI , MUJAHADAH AGAR MENJADI WANITA SOLEHAH YANG DIREDHAI DAN DIKASIHI ALLAH~