Showing posts with label kecantikan. Show all posts
Showing posts with label kecantikan. Show all posts

Monday, 31 October 2011

Tips solekan sempurna.

disebabkan aku dah buat shortcut tuk korang tengok tips-tips yang poyo tuh, aku pun berniat nak menambahkan koleksi tips-tips yang aku jumpa..hehehe..aku rajin sebab aku kan penganggur..HOHO!!!

kali ni tips solekan sempurna mengikut bentuk tubuh anda..ada pendek, ada lonjong, ada kering, ada gemuk..macam-macam! so, untuk lebih kiut miut, kena ikut ya cara mekap-mekap nih! heee :)




- Hai si tubuh pendek.
jangan memakai pemerah pipi terlalu tebal atau menggunakan warna terang bagi mengelakkan wajah kelihatan lebih tirus..sebaliknya gunakan pemerah pipi rona lembut seperti barbie pink, atau off white.. bagi mengelakkan garis senyuman jelas kelihatan, elakkan daripada memakai bedak asas atau foundation terlalu tebal..

- Ehem..bagi si tubuh gemuk.
pilih bedak asas yang sekata dengan warna kulit..elakkan dari memakai solekan mata yang terlalu terang dan menggunakan maskara yang terlalu tebal..begi menampakkan wajah sedikit bujur, gunakan teknik shading dengan bedak satiu tingkat lebih tua dari warna kulit pada bawah dagu, pipi serta dahi.




- Owh! si tubuh tinggi.
bagi mengelakkan tulang wajah nampak lebih keras, elakkan daripada menggunakan teknik shading..sapukan pemerah pipi lembut dengan samar-samar bagi melembutkan struktur wajah..bagi mengimbangi bentuk mata, gunakan scotch (dilekatkan mata salah satu kelopak mata bagi menghasilkan bentuk yang seimbang). bagi menyembunyikan scotch, sapukan eye shadow rona merah jambu atau highlight putih.

- Beruntung si tubuh seimbang.
bagi memberikan kesan wajah yang kelihatan lonjong, sapukan pemerah pipi di bahagian bawah tulang pipi..anda juga boleh menggunakan teknik shading antara tulang pipi hingga ke bahagian bawah dagu untuk memberi kesan wajah yang agak tirus..bentuk alis juga memberikan peranan dalam membantu mengimbangi bentuk wajah..pastikan bentuk alis dibuat agak melengkung dan sedikit tipis..

sumber : majalah harmoni.

Menghilangkan Bintik Hitam | Tips



"EEEE..tu apa? banyak nya.."

"eyh! ..itu bintik hitam..(tersipu-sipu jawab).."

hahaha..kalau anda pernah mengalami situasi seperti di atas..takkan nak diam jek tak buat apa-apa..malu lah orang dah tegur kan..hehehe..

takde duit? owhhh~ tak perlukan duit kowt..pergi dapur korek-korek mana yang patut..boleh kan? :D

cara pertama :

Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu. (ini sama fungsi dengan plaster lekat kat hidung tuh..haha..kalau beli macam mahal pulak..so, buat sendiri..haaa..original punya..ngeh3..)

cara kedua :

Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.

cara ketiga :

Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu. (ini macam scrub laa..rasanya lagi better buat sendiri macam ni dari beli kat kedai..kalau beli kat kedai, dia punya bijik-bijik tu sikit jek..macam tak puas kan nak buat scrub..rasa tak tanggal pape pun kat muka tuh..haha..)


*sebab permintaan..tu pasal buat entry pasal bintik hitam ni..huhu..kepada yang meminta..puas hati tak? :)

*sebenarnya banyak jek cara-cara lain..encik google kan ada..apa kata korang search..kalau nak syue buat jugak boleh ajer..hehehe..

*apa lagi, cubalah sekarang!!!! hehe..GUDLUCK!

Bibir saya tak seksi | Tips



For those yang bibir dia pucat, kering, merekah, hitam, n tak menarik..sila ikut tips ini..

tahu tak kenapa bibir hitam? bibir hitam adalah disebabkan pemakaian lipstik yang mempunyai bau atau rasa yang nyum-nyum-nyum!!! so..pasni jangan beli lipstik yang ada rasa, bau yang nyum-nyum-nyum tu taw!!

before beli lipstik, sila hidu dahulu..kalau bau dia macam sedap tuk dimakan, tak payah beli..ngeh3! tambah-tambah yang rasa buah-buahan, adoiiii..macam kanak-kanak punya lip balm da aih!

so, ini petua yang pertama :

i) Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit..Kemudian bilas dengan air..Kalau nak biarkan pun boleh..Cuma mungkin kita akan rasa kurang selesa atau mungkin juga bibir akan digigit semut nanti..nampak sangat madu korang pakai tak original kalau kena gigit semut..HAHA!
petua yang kedua :
ii) Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi..Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda..(semalam aku buat before tidur..ngeh3! )
petua yang ketiga :
yang ini cara moden..HAHAHAHA!!

so..nak bibir seksi??? cubalah! heee~

Friday, 7 October 2011

Petua Menghilangkan Bulu Ketiak

Masalah ketiak berbulu mungkin lebih merisaukan kaum wanita berbanding lelaki. Rasa malu dan kurang selesa pastinya menghantui anda, kan? Lebih-lebih lagi kalau hal ini sering menjadi usikan atau bahan mainan rakan-rakan lain.

Justeru itu, di sini ada satu petua untuk menghilangkan bulu ketiak. Bahan-bahan utama yang anda perlukan adalah;

- 10 biji lada sulah

- 3 butir kapur barus

- 1 sudu minyak tanah


Ohh yer, saya tak dapat nak sertakan gambar kapur barus untuk anda. Dah cari, tapi tak jumpa la pulak. Sebagai ganti, saya paparkan pokok kapur barus seperti di bawah. Harap ia dapatlah membantu serba sedikit. :)

pokok kapur barus
Pokok kapur barus - mypbm.forumtion.com



Seterusnya, bagi menghilangkan bulu ketiak anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:


1. Tumbuk semua lada sulah dan kapur barus sehingga halus.

2. Campurkan sesudu minyak tanah kepada campuran di atas dan gaul hingga rata.

3. Kemudian, sapulah minyak tersebut pada ketiak anda sebelum tidur.


Selamat Mencuba!


p.s: Petua di atas saya tak pernah cuba lagi. Tapi telah dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan tradisional tak lama dulu.

Ketiak

Menghilang Bulu Ketiak
Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan tiga butir kapur barus. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur dengan sendirinya.
Menghilangkan Bau Ketiak
Bau ketiak memang tidak menyenangkan. Untuk menghilangkannya, ikutilah petua-petua ini untuk menghilangkannya :-

  1. Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi.
  2. Rebus lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan camourkan gula merah. Amalkan meminumnya dua kali seminggu.
  3. Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
  4. Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan dua kali seminggu.
  5. Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.
  6. Tumbuk tujuh helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makanlah tiga kali sehari. Bau badan akan hilang.
  7. Rendam bunga tanjung, melati, melur, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air. Campurkan dengan limau purut yang dibelah empat. Biarkan semalaman. Amalkan mandi selama empat puluh hari sebelum hari pernikahan.

Petua - Pakaian :

Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian
Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.
Pakaian Terkena Dakwat
  1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
  2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
  3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.
Pakaian Terkena Karat
Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.
Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Pakaian Terkena Cat
Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Membersihkan Tekat Benang Emas
Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.

Memutihkan Kain
Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri. Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-

  • Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
  • Campurkan dengan air.
  • Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.
  • Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.
Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian
  1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
  2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.
Mengeringkan Kasut Sekolah
Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.
Menghilangkan Darah Pada Pakaian
  1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
  2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.
Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
  1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
  2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.
Menghilangkan Minyak di Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.
Mengekalkan Warna Pakaian
Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik
  1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
  2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.
Menaikkan Seri Kain Sutera
Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.
Melancarkan Perjalanan Zip
jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.

Mengilatkan Kasut Kulit
Ambil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu. Kemudian gosoklah pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat.

Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit
  • Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.
  • Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.
  • Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.

haruman

Mengelakkan Peti Sejuk Berbau
Peti sejuk yang tidak bersih akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Ikutlah beberapa petua ini.
  1. Letakkan sedikit esen vanila dalam bekas yang kecil dan simpan di dalam peti sejuk. Peti sejuk akan berbau harum dan segar.
  2. Bungkus seketul arang dengan perca kain. Letakkan di dalam peti sejuk. Arang ini akan menyerap bau busuk itu.
  3. Letakkan sepotong nanas pada setiap tingkat di dalam peti sejuk. Bau yang tidak enak akan hilang.
Mengharumkan Alamari Pakaian
  1. Cara yang paling mudah dan menjimatkan, ialah dengan menggunakan kulit limau. Balutkan kulit limau dengan kain. Untuk mencantikan lagi, ikat bungkusan ini dengan riben dan letakkan di dalam almari pakaian.
  2. Letakkan dua helai daun pandan ke dalam almari tersebut.

Panduan Ringkas mengenai :

Awet Muda
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
  • Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
  • Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.
Melentik Bulu Mata
Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-

  • Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan
Melebatkan Bulu Kening
Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.

Melebatkan Bulu Mata
Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.

Mencantikkan Rambut
  1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
    • Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
    • Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
    • Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
  2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
Hindari Rambut Gugur
  1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
  2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
  3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.
Melebatkan Rambut
  1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
  2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.
Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-

  1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
  2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.

Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Mencantikkan Payu Dara
Ramai wanita yang inginkan payu dara yang cantik. Cara untuk memilikinya ialah :-

  1. Panaskan dua sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.
  2. Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.
Payu Dara Membengkak
Daun kacang panjang dan daun sirih dibersihkan. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada buah dada. Buat berulang-ulang kali sehingga kering. Cuci dengan air bersih.

Menegangkan Payu Dara
Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-

  • Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
  • Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
  • Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
  • Lakukan selama tiga hari berturut-turut.
Mengempiskan Perut
  1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
  2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
    • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
    • Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
  3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
  4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
  5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
Kaki Bersisik
  1. Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
  2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
  3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.
Urat Timbul Di Kaki
  1. Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.
  2. Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
  3. Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.
Tumit Kaki Pecah
Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-

  1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
  2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
  3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
  4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
  5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
  6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
  7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.
Kaki Bengkak Ketika Hamil
Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.

Kematu di Tumit Kaki
  1. Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
  2. Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.
Cengkam Kuku Kaki
Panaskan beberapa biji limau pada api kayu. Titiskan pada kuku yang mencengkam. Ulangi dua atau tiga kali sehari.

Ubat Sakit Kaki
  1. Salai daun mengkudu beberapa minit. Kemudian balutkan pada kaki. Lakukan beberapa kali sehingga kaki sembuh
  2. Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak masak. Sapukan pada bahagian yang sakit. Kemudian balut dengan daun tembaga suasa.
Merawat Kuku Kaki
Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.

Mengilatkan Kuku Kaki
Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.

Friday, 12 August 2011

```AMALAN POTONG KUKU SYEKH ABDUL QADIR AL JAILANI```

AMALAN POTONG KUKU SAMBIL MELONCAT

Ditulis Oleh : Drs.H.Bambang Sucipto Bin Jahjo Wasito



Amalan ini bersumber dari petunjuk yang saya terima untuk mempelajari ajaran tasawuf Syekh Abdul Qadirl al Jailani dalam kitab AL GHUNYAH LITH THALIBI THARIQIL HAQ. Di Kitab klasik ini, kita akan mendapatkan banyak mutiara hikmah dan kebijaksanaan sang pemimpin para wali ini.

Menurut Syekh Abdul Qadir al Jailani kita akan mendapatkan kekayaan dan terhidar dari penyakit (termasuk penyakit mata) dan daya tahan tubuh, serta kesembuhan penyakit bila kita memotong kuku secara meloncat. Pemotongan kuku dilakukan pada hari JUMAT ATAU KAMIS SETELAH SHOLAT ASHAR.

Ritual memotong kuku ini, menurut Syekh Abdul Qadir al Jailani, berasal dari hadits Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdul bin Buththah. Rasulullah SAW bersabda: BARANGSIAPA MEMOTONG KUKU DENGAN CARA MELONCAT IA TIDAK AKAN TERSERANG PENYAKIT MATA. Hadits lainnya diriwayatkan Amid bin Abdurrahman. Rasulullah SAW bersabda: BARANGSIAPA MEMOTONG KUKU PADA HARI JUMAT, AKAN MASUK KE DALAM DIRINYA KESEMBUHAN (DAYA TAHAN TUBUH) DAN KELUAR DARINYA PENYAKIT. Hadits lain yang diriwayatkan dari Waki’ dari Siti Aisyah R.A, FAEDAH MEMOTONG KUKU SECARA MELONCAT AKAN MEWARISKAN KEKAYAAN.

CARA MENGAMALKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP:

Berpuasalah pada hari Kamis (untuk melaksanakan amalan ini hukumnya wajib berpuasa pada hari Kamis). Amalan ‘potong kuku meloncat’ ini bisa dilaksanakan hanya pada dua hari yaitu hari Kamis atau Jumat. Pilih salah satu hari untuk memulai amalan sesuai tujuannya.

Untuk hari Kamis —saat kita melaksanakan puasa—amalan dilakukan setelah Sholat Ashar untuk tujuan MENDAPATKAN KEKAYAAN/ REZEKI

Untuk hari Jumat setelah puasa, amalan potong kuku dilakukan sebelum sholat Jumat untuk tujuan MENDAPATKAN DAYA TAHAN TUBUH DAN TERHIDAR DARI PENYAKIT.

Sediakan alat pemotong kuku dan mulailah dengan membaca: BASMALAH. Selanjutnya kirim tawassul Al Fatihah kepada:

1. Nabi Muhammad SAW (Al Fatihah 9 X)

2. Keluarga Nabi khususnya Siti Aisyah dan para sahabat. (Al Fatihah 6 X)

3. Semua Nabi/Rasul dan Malaikat-NYA (Al Fatihah 7 X)

4. Syekh Abdul Qadir al Jailani ((Al Fatihah 6 X)

5. Abdul bin Buththah (Al Fatihah 6 X)

6. Amid bin Abdurrahman (Al Fatihah 6 X)

7. Ayah dan ibu kandung kita (Al Fatihah 5 X)

Selanjutnya mulailah memotong kuku mulai TANGAN KANAN dengan cara meloncat dimulai dari:

(1). JARI KELINGKING, selanjutnya

(2). IBU JARI

(3). JARI TENGAH

(4). JARI MANIS dan terakhir

(5), JARI TELUNJUK

Untuk TANGAN KIRI mulailah memotong kuku dari:

(1). IBU JARI

(2). JARI TENGAH

(3). JARI KELINGKING

(4). JARI TELUNJUK

(5). JARI MANIS

Setelah semua kuku terpotong dengan bersih, cucilah jari dengan sabun sampai bersih dan pendamlah potongan kuku ke dalam tanah. Ucapkan doa ini satu kali: ALHAMDULILLAHILLADZII ADZHABA ANNIIL ADZAA WA AAFANII GHUFRONAKA.

(artinya: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan penyakit dariku dan menyehatkanku. Aku mohon perlindungan-MU).

Amalan selesai dilaksanakan. Terima kasih.

(Rd.H.Kian Santang.212/t212kyb@gmail.com)