Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Friday, 19 August 2011

Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat~Ustazah Siti Nor Bahiyah



Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
1.
Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2.
Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3.
Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4.
Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5.
Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
*
Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatanSurah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

doa Ibu makbul kerna " Syurga di bwh tapak kaki IBU "


Menyadari ketidaksempurnaanku, 
Tapi ku ingin membuat Ib♥ sering bahagia,
Bukankah Ib♥ telah memberiku bahagia,
Ib♥ telah tulus dan ikhlas dalam mendidikku,
Ib♥ telah bersusah payah untuk bisa membuatku tersenyum,
Ib♥ telah korbankan segalanya demi aku, 
yang sangat Engkau cintai,
lalu....
bukan karena kesalahan Ib♥,
 bila semua yang ku alami tidak sesuai dengan harapan Ib♥,
aku yang salah Ib♥,
ku mohon Ib♥ memaafkanku,
adalah buah kesuksesan Ib♥,
 bila semua yang ku alami sesuai dengan apa yang Ib♥ harapkan,
semua karena doa-doa yang senantiasa Ib♥ kirimkan untukku,
"Tolong doakan ananda ya B♥,"
menjadi anak yang mampu membuat Ib♥ bangga 
bangga karena memiliki jiwa dan ragaku,
bangga telah melahirkanku,
bangga telah mendidikku,
bangga telah menjadi anak yang berbakti pada Ib♥,
pada masyarakat,
Ib♥....
Redho Ibu, memberi semangat baru bagiku,
harapan-harapan Ib♥ menjadi pendorong hatiku,
untuk senantiasa ikhlas melewati semua ujian ini,
harapan-harapan Ib♥ menjadi bekalku menjalani hari ini,
Ib♥.....
aku berjanji, 
tetap semangat!!
senantiasa optimis!!
tetap berzikir dalam setiap detik waktu yang kupunyai,
disela aktivitasku,
berikhtiar dan berdoa memohon RedhoNya dalam hari-hariku,
 :)
Terima kasih Ib♥,

Salam Ananda,
 :) 

Bukan doa kamu yang makbul sebenarnya




Tulisan:anislam
Mood:Other
Date:May 06, 2010
Music:None


sumber: http://ms.langitilahi.com

Selalu berdoa?

Kita selalu berdoa. Semestinya. Secara langsung baik seperti selepas solat atau sebelum makan, atau pun secara tidak langsung seperti meminta di dalam hati dalam keadaan kesusahan. Doa adalah dituntut, kerana ALLAH sendiri mengarahkan kita berdoa dan berjanji akan memperkenankannya.

“ Dan berkata RABB kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan!” Surah Al-Mu’min ayat 60.

Pernah kah anda berdoa dan ALLAH makbulkan doa anda secara langsung, bukan anda minta terus dapat, tetapi maksud saya anda nampak doa anda itu dimakbulkan? Malah bukan sekali dua, tetapi berturut-turut. Anda minta berjaya dalam exam, ALLAH bagi. Anda minta kaya, ALLAH beri.

Anda rasa doa anda makbul bukan? Secara tak langsung, anda rasa gembira. “ Pergh, ALLAH makbulkan doa aku seh”

Tapi, tahukah, kemungkinan, apa yang anda dapat itu, bukannya datang daripada doa kamu. Kerana doa kamu tidak makbul sebenarnya.

Pernah dalam kehidupan saya, saya berdoa, meminta kepada ALLAH dan saya sering nampak doa saya dimakbulkan oleh ALLAH SWT.

Saya pernah, dalam keadaan tersepit ketika PMR, dalam keadaan sedikit masa untuk studi dan dalam keadaan saya melakukan banyak kesilapan dalam menjawab peperiksaan, maka saya meminta kepada ALLAH agar saya diberikan keputusan 9A.

Akhirnya saya dapat 9A.

Sewaktu SPM, saya sekali dalam kesempitan. Saya berdoa kepada ALLAH, agar jangan berikan saya keputusan yang teruk.

Akhirnya, saya mendapat keputusan yang tidak cemerlang, tetapi tidak pula terlalu teruk. Malah, saya punya keputusan dalam mata pelajaran sains yang sebelumnya saya amat teruk, telah meningkat dalam SPM. Ada pelajaran yang saya langsung tak pernah lulus, tetapi dalam SPM saya dapat C5.

Saya rasa suka. Saya rasa puas hati. Banyak lagi benda, saya minta kepada ALLAH dan ALLAH bagi. Siapa yang tidak suka? Siapa yang tak rasa istimewa? Saya macam lemas dalam kehebatan saya sendiri ketika itu.

Akhirnya, pada satu hari, saya mendapat satu mesej berbentuk cerita daripada seorang yang saya tidak kenal.

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan ALLAH SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, ALLAH mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, ALLAH beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“ Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan ALLAH ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya ALLAH, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Saya, terasa sungguh bila membaca mesej daripada orang yang tidak saya ketahui itu.

Oh. Saya mula terasa saya adalah Si Abang.

Mungkin, bukan doa saya yang makbul. Tetapi doa Ibu Bapa saya yang makbul. Saya mendapat mesej itu selepas mendapat keputusan SPM. Semenjak itu, saya sering berusaha meminta doa daripada orang lain. Paling kurang, apabila saya berdoa, saya akan minta sahabat saya aminkan. Sebab, saya benar-benar terasa bahawa doa orang macam saya, tidak cukup untuk ALLAH makbulkan.

Sebab itu, saya sering meminta pembaca-pembaca menembak doa kepada saya. Sebab itu saya sering menulis, ‘Semoga ALLAH redha dengan kita…’, moga-moga ada pembaca saya yang soleh mengaminkannya dan doanya diterima.

Bila saya berjalan jauh sampai ke Jordan, saya nampak bahawa, perasaan rendah diri ini sememangnya perlu wujud dalam diri. Hal ini kerana, ketika peristiwa Palestin diserang Israel awal tahun 2009, Imam di Masjid Universiti sering mengulang doa ini:

“ Ya ALLAH, kalau KAU tolak doa kami, maka KAU terimalah doa orang-orang soleh dari kalangan kami”

MasyaALLAH, imam masjid besar di Irbid, seorang yang tekenal rendah diri dan soleh, pun merasakan doanya tidak layak dimakbulkan ALLAH. Tetapi kita, kadang-kadang, bila melihat doa kita makbul, jangan kata kita nak kembalikan keberjayaan makbul doa itu kepada ALLAH, malah kita rasa berbangga pula, seakan-akan kita rasa kita ini seorang dari wali-wali ALLAH.

Ya, ALLAH berjanji untuk memakbulkan doa.

“ Dan berkata RABB kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan!” Surah Al-Mu’min ayat 60.

“ Dan jika hambaKu bertanya kepadamu(wahai Muhammad) tentang AKU, sesunggunya AKU amat dekat…” Surah Al-Baqarah 187.

Kita kena yakin sentiasa bahawa ALLAH akan makbulkan doa kita.

Tetapi, kita tidak boleh mengangkat diri kita dengan menyatakan bahawa ALLAH memakbulkan doa kita kerana kebagusan kita. Sebab itu, apabila berdoa, kita perlu berdoa dengan rendah diri. Jangan rasa kita hebat hanya kerana doa kita dimakbulkan. Malah, kalau kita perasan doa kita dimakbulkan, perlulah kita pulangkan segala kehebatan kepada ALLAH SWT.

Sesungguhnya, ALLAH itu memberikan rezeki dan pertolongan, kepada sesiapa yang DIA mahu.

Percayalah, doa ibu memang makbul..

Korang dah jadi mak esok, korang tau lah macam mana rasanya.. risau, tak sedap hati.. macam2.. Janganlah buat macam2 hal..
Ha, dengar tu kema!! Terus aku tepuk peha anak mak cik ni..
Mak cik ni senang nak menangis..
Masa nak kenduri kak teh dulu, tiap2 malam mak cik menangis..
Aku pelik..
Nape mak cik? Ada masalah ke masa tu?
Bukan.. kak teh anak keempat. Akak dia kak lang tak kawen lagi.. sedih mak cik kenangkan kak lang..
000000000…..
Sampai dah habis belajar UIA, kak lang tu x de orang lagi.. lepas tu dia dapat KPLI.. mak cik pun pergilah hantar dia kat maktab.. Lepas daftar, Mak cik kena duduk dalam dewan dengar taklimat.. Sebelum taklimat mula.. mak cik doa kat Tuhan.. Ya Allah kau temukanlah jodoh anak aku. Temukanlah jodoh anak aku kat sini ya Allah..
Aku terus dengar dengat sangat khusyuk.. bab kawen2 ni, memg membakar jiwa.. haha
Tiga bulan lepas tu, kak lang bagi tau mak cik ada orang ‘tanya dia’.. mak cik kata kat dia ‘kau macam mana? Kalau kau dah suka kat dia kak lang, mak terima’
Lepas tu, jadi dengan orang tu.. Alhamdulillah la.. Tuhan makbulkan doa mak cik.. dua dah anak kak lang sekarang..
Aku rasa mata aku buntang masa tu.. wah.. ajaibnya doa ibu…

Mengapa doa seorang ibu lebih makbul


Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

  • Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

  • 34606 136921613002291 100000533591706 285388 374249 n Mengapa doa seorang ibu lebih makbul
  • Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

  • Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

  • Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

  • Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

  • Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

  • Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

  • Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “

  • Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

  • Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  • Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

  • Betapa bertuahnya seorang wanita yang bergelar ibu.. Duhai anak.. Apakah kalian mengerti betapa deritanya sang ibu melahirkanmu???


    Read more: http://kepuncakmahligai.com/2011/01/mengapa-doa-seorang-ibu-lebih-makbul/#ixzz1VW2cyCOG

    Friday, 5 August 2011

    kasih ibu

     Imbaun semula ingatan kita pada zaman kanak2 dahulu masihkah kita ingat lagi ketika merajuk ibu datang memujuk,ketika terjatuh ibu berlari-lari mendapatkan kita,ketika mendapat berita gembira ibu lah org pertama yg akan diberitahu dan ketika sakit  ibu juga yg bersengkang mata menjaga kita betapah besar nya pengorbanan insan yg bernama EMAK,IBU,UMI,MAMA...emak i Love u so much...


    Kasihnya ibu membawa ke syurga. Ibu adalah seumpama mentari yang seringkali menyinari kehidupan setiap insan di dunia ini. Cintanya seorang ibu kepada anak-anak sudah tersemai sejak mereka di dalam kandungan lagi. Dan kasih tersebut terus berkembang mekar buat selamanya.

    Pengorbanan ibu adalah bermula dari mengandungkan anakmu di dalam rahimmu selama sembilan bulan sepuluh hari dan kemudiannya sanggup bertarung nyawa demi menyelamatkan anaknya untuk menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini. Ibu, kini baru kusedar betapa kau sanggup menggantikan kesakitanku ini ketulusan hatimu yang suci sesuci embunan pagi.

    Sungguh mulia pengorbanan seorang ibu, Rasullullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

    Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a ia berkata telah datang seorang laki-laki kepada Rasulallah SAW maka ia berkata: “Wahai Rasulullah Rasulullah siapakah yang lebih berhak untuk diberi penghormatan yang sebaik-baiknya? Rasulullah menjawab:”IBUMU” Ia berkata lagi: kemudian siapa? Rasul menjawab:”IBUMU” Dia berkata lagi kemudian: kemudian siapa? Rasulullah menjawab”IBUMU” Dia berkata lagi: kemudian siapa? Rasullullah menjawab:”AYAHMU” (Hadis Riwayat BUKHARI DAN MUSLIM).

    Kasihnya seorang Ibu kepada anaknya begitu hebat hingga tak mampu untuk kita mengukurnya. Bak umpama air dicincang tidak akan putus, begitulah tingginya nilai kasih seorang yang bergelar ibu.

    Tiada lain yang dapat menggantikan kasih sayangmu ibu. Ibu adalah sumber inspirasi yang terbesar buat anak-anak. Walaupun hatimu bersedih, dikau sanggup menyembunyikan kesedihanmu itu demi membuatkan anak-anakmu bahagia. Gelak tawa anak-anakmu adalah penawar segala kepahitan yang dikau alami. Ibu, kaulah insan yang mengajar kami tentang nilai-nilai yang baik dalam kehidupanku. Ku doakan agar setiap titik peluh serta derita yang diharungi mendapat tempat di sisi Allah SWT.Sebagaimana yang diketahui, kedudukan ibu begitu tinggi nilai serta martabatnya pada pandanganAllah.

     Akhirnya, sebagai kesimpulan hargailah ibu kita selagi mereka masih hidup. Tanpa ibu, kehidupan kita langsung tidak mempunyai apa-apa. Begitu tinggi sanjungan dan istimewanya penghormatan Islam terhadap martabat dan kedudukan ibu. Tanpa ibu, siapalah kita. Semua makhluk mempunyai ibu. Tiada satu makhluk pun yang tidak mempunyai ibu, tumbuhan yang membiak melalui pertunasan pun membiak melalui induknya.Siapa induk itu? Induk itulah ibu.Kita pernah mendengar anak yang dilahirkan ke dunia ini tanpa ayah, sebagaimana kisah Nabi Allah,Nabi Isa a.s tetapi kita tidak pernah mendengar anak yang dilahirkan tanpa ibu. Maha Suci Allah.Muliakanlah ibu-ibu kami.

    Masih belum terlambat untuk ucapkan SeLaMaT HaRi IbU...kepada Ibu-ibu semua..terutama Emak Ku Nabesa Binti Mohamed...adik 


    Cartoons Myspace CommentsSayang ma...