Showing posts with label seteguh tiang..... Show all posts
Showing posts with label seteguh tiang..... Show all posts

Wednesday, 21 December 2011

Antipasto : "Sesiapa Yang Akhirat Itu Tujuan Utamanya,Maka Allah SWT Jadikan Kekayaan Dalam Jiwanya".

Rasullulah (SAW) said :"When you see Allah (SWT) gives good fortunes to his slaves who are always committing sins (disobedient), know that the person is being given istidraj by Allah (SWT)." [At-Tabrani, Ahmad and Al-Baihaqi]

YA ALLAH BERILAH DIRI INI KEKUATAN DI DUNIA YANG FANA & KEJAM INI..


Renung beberapa Terjemahan Hadis dan Ayat Al-Quran di bawah ini :

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) [67:2]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [3:104]

Muhammad (SAW) berkata,"Wahai Khabbab,pejuang sebelum kita iaitu para Nabi,ada yang ditanam di dalam lubang dan digergaji dari atas kepalanya sehingga terbelah dua badannya.Ada yang disikat dagingnya dengan penyikat besi.Namun,semua itu tidak menyebabkan dia berganjak sedikit pun daripada agamanya dan daripada keyakinannya.Wahai Khabbab,demi Allah,Allah akan memenangkan agama ini.Sehingga nanti seorang boleh menunggang kenderaan seorang diri berjalan dari Sanna' sampai Hadramaut.Tidak ada yang dia takut melainkan Allah,aman perjalanannya,tetapi kamu semua mahukan kemenangan yang segera." [Link]

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). [2:214]

"Demi Allah,bukan kefakiran yang aku bimbang menimpa kamu,tetapi aku bimbang dibentangkan kepada kamu dunia seperti mana dibentangkan kepada mereka yang terdahulu daripada kamu (umat yang silam),lalu kamu bersaing untuk mendapatkannya seperti mana mereka bersaing.Lantas dunia itu memusnahkan kamu seperti mana ia telah memusnahkan mereka". [Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim,saya ambilnya dari buku Bicara Buat Pemimpin dan Rakyat tulisan Mohd Asri Zainul Abidin]
*** *** ***
 Assalamualaikum.

What up?Apa khabar jasmani?Apa khabar rohani?

Saya akan menulis kembali pada hari esok.

Ini merupakan satu permulaan.

Satu kick-start yang baru orang putih kata.

Satu permulaan dalam melaksanakan apa yang dicari.

Sehingga penulisan seterusnya,Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Tolong.Tolong doakan semoga saya (dan anda semua) diberi kekuatan dan keupayaan untuk terus istiqamah.Amin.

P/P/S : Boleh follow saya di Twitter @PenaMaya.

P/P/P/S : Antipasto means 'a course of appetizers in an Italian meal'.


PETIKAN DARI BLOG :http://baikiminda.blogspot.com/2011/09/antipasto-sesiapa-yang-akhirat-itu.html


Wednesday, 16 November 2011

Iman, Islam, dan Ihsan

Iman, Islam, dan Ihsan
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضاً قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَمِ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : اْلإِسِلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكاَةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً قَالَ : صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِيْمَانِ قَالَ : أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ، قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ . قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ أَنْ تَلِدَ اْلأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرَ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلِ ؟ قُلْتُ : اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمَ . قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتـَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ
[رواه مسلم]

Arti hadits / ترجمة الحديث :
Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.
(Riwayat Muslim)

SYARIAT< TAREKAT< HAKIKAT < MAKRIFAT (1)

 
Islam adalah iman , ilmu dan amal .
Iman adalah persoalan aqidah atau ketuhanan.
Ilmu dan amal pula, ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk
batiniah atau rohaniah.

Bertolak dari aqidah, maka timbullah keperluan untuk beribadah sama
ada ibadah lahir mahupun ibadah batin. Setelah Tuhan dikenali,
dicintai dan ditakuti, maka akan terdoronglah kita untuk menyembah dan
mengagungkan- Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Akan
terdoronglah kita untuk melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Akan terdoronglah kita untuk patuh dan taat
kepada-Nya. Akan terdoronglah kita untuk berjuang dan berkorban
kerana-Nya.

Ilmu lahiriah ialah ilmu feqah yang bersangkut paut dengan amalan
lahir. Ilmu batiniah atau rohaniah pula ialah ilmu tasawuf yang
bersangkut paut dengan amalan hati. Amalan sama ada yang lahir atau
yang batin mestilah didorong oleh aqidah. Ia mesti didorong oleh rasa
cinta dan takut kepada Allah . Barulah amalan itu akan bermakna dan
akan mempunyai erti dan maksud yang betul. Amalan adalah jalan, kaedah
atau cara untuk membukti dan merealisasikan rasa cinta dan rasa takut
kita kepada Allah.

Bila Allah sudah dikenali, barulah kita betul-betul boleh
mempraktikkan atau melaksanakan agama. Barulah Allah itu menjadi
matlamat dan tumpuan ibadah dan pengabdian kita. Barulah amalan kita
itu ada tempat tujunya. Barulah akan terjalin dan tercetus hubungan
antara hamba dengan Tuhannya. Dalam beragama, kenal Allah itu perkara
pokok yang mesti didahulukan. Selepas itu baru timbul soal amalan. Ini
sesuai dengan hadis yang bermaksud : "Awal-awal agama mengenal Allah"

Amalan agama yang tidak didahului oleh rasa cinta dan rasa takut
kepada Allah sudah tentu tidak akan membawa kita kepada-Nya. Sudah
pasti ia didorong oleh perkara-perkara dan kerana-kerana yang lain.
Mungkin kerana mahukan Syurga. Mungkin kerana takutkan Neraka. Mungkin
kerana mahukan pahala dan fadhilat. Walaupun tujuan-tujuan ini tidak
salah kerana ianya sebahagian dari janji-janji Tuhan, tetapi maqamnya
terlalu rendah. Justeru itu hasil dan manfaat dari ibadah seperti ini
juga adalah rendah.

Ibadah yang didorong oleh perkara-perkara seperti ini, walaupun
banyak, tidak akan dapat mengubah akhlak dan peribadi kita. Ia tidak
akan menimbulkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan di dalam hati kita.
Kerana itu, ia tidak akan mampu menyuburkan sifat-sifat mahmudah dan
membakar sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati kita. Ini kerana
Tuhan tidak dilibatkan dan tidak dijadikan matlamat dalam ibadah kita.
Kalau Tuhan tidak dilibatkan, maka hati akan kurang berperanan kerana
hati itu wakil Tuhan. Ibadah yang tidak ada Tuhan ini sudah tentu
tidak ada rohnya, tidak ada rasanya dan tidak ada khusyuknya. Bila
hati tidak berperanan, maka tidak akan ada penghayatan dan penjiwaan
dalam ibadah.

Tambahan pada itu ibadah kerana hendakkan Syurga, pahala dan fadhilat
dan kerana takutkan Neraka ini ada risikonya. Disebabkan Tuhan dan
hati tidak dilibatkan sama dalam ibadah seperti ini, maka ibadah ini
tidak ada kekuatannya. Lama kelamaan, ia akan dicelahi dengan rasa
bosan dan jemu. Sukar hendak diistiqamahkan. Ia juga mudah dihinggapi
penyakit riyak, ujub dan sum'ah. Ini semua akan memusnahkan pahala
ibadah. Lebih-lebih lagilah kalau tujuan dan niat ibadah itu adalah
untuk dipuji, untuk disanjung, untuk mendapat nama dan glamour, untuk
menunjuk-nunjuk dan kerana sebab-sebab lain yang berbentuk duniawi.
Sudah tentulah ia tidak ada nilai apa-apa. Malahan ibadah seperti ini
akan Allah lemparkan semula ke muka pengamalnya berserta dengan
laknat-Nya sekali. Ibadah seperti ini tidak akan mendekatkan seseorang
itu dengan Allah. Malahan dia akan bertambah jauh dari Allah. Dia
berbuat maksiat dan kemungkaran dalam ibadahnya. Lagi banyak dia
beribadah, lagi dia rasa sombong, angkuh, riyak, ujub, rasa diri
mulia, rasa diri baik dan sebagainya. Lagi banyak dia beribadah, lagi
dia pandang orang lain hina, jahat dan tidak berguna.

Beramal dalam Islam ada tertibnya. Ada urutan dan susunannya. Ada
"progression" nya dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Ia
bermula dengan Syariat , kemudian dengan Tariqat , diikuti pula dengan
hakikat dan diakhiri dengan Makrifat .

Syariat.
Ini adalah ilmu sama ada ilmu bagi amalan, lahir (feqah) atau ilmu
bagi amalan hati (tasawuf). Ini adalah langkah pertama dalam tertib
beramal. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal
haram, sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu,
kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhan
mahu. Kalaupun kita sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita
terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak boleh berbuat demikian ikut
sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak
terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam, kita mesti
belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat
biji benih.

Tariqat .
Ini adalah peringkat menghidupkan ilmu menjadi amalan sama ada amalan
lahir mahupun amalan hati secara istiqamah dan bersungguh-sungguh.
Ilmu (syariat) yang ada perlu dilaksanakan. Ini dinamakan juga tariqat
wajib dan ia tidak sama maksudnya dengan tariqat sunat yang
mengandungi wirid-wirid dan zikir-zikir yang menjadi amalan sesetengah
pengamal-pengamal sufi. Tariqat ini ibarat kita menanam biji benih
tadi (syariat) hingga ia bercambah, tumbuh dan menjadi sebatang pokok
yang bercabang dan berdaun.

Hakikat.
Hakikat adalah buah. Selepas kita ada syariat, kemudian kita amalkan
syariat itu hingga ia naik ke peringkat tariqat, yakni ia menjadi
sebatang pokok yang bercabang dan berdaun, maka kalau cukup
syarat-syaratnya maka pokok itu akan menghasilkan buah. Buah tariqat
adalah akhlak dan peningkatan peringkat nafsu atau pencapaian
maqam-maqam mahmudah. Boleh jadi ia menghasilkan maqam sabar , maqam
redha , maqam tawakkal , maqam tawadhuk , maqam syukur dan
berbagai-bagai maqam lagi. Boleh jadi hanya terhasil satu maqam sahaja
(sebiji buah sahaja) atau boleh jadi akan terhasil beberapa maqam yang
berbeza dari satu pokok yang sama. Hakikat adalah perubahan jiwa atau
perubahan peringkat nafsu hasil dari syariat dan tariqat yang dibuat
dengan faham dan dihayati.

Makrifat .
Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat
dirasai secara istiqamah. Ia adalah satu tahap kemajuan rohaniah yang
tertinggi hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan
rahsia-rahsia- Nya. Orang yang sudah sampai ke tahap ini digelar Al
Arifbillah .

Kalau kita lihat dengan teliti, tertib dalam amalan ini bermula dari
yang lahir dan berakhir dengan yang batin. Syariat dan tariqat itu
terletak dalam kawasan lahir. Hakikat dan makrifat pula menjangkau ke
dalam hati dan rohani. Kita juga dapat lihat bahawa peringkat syariat
dan tariqat adalah peringkat-peringkat yang agak mudah dicapai kerana
ia hanya melibatkan usaha lahir.

An Nur

24 Nov




 

Allah  adalah  cahaya

yang menerangi langit dan bumi

perumpamaan cahaya Allah,

adalah seperti sebuah mishkat[1],

sebuah lubang yang tak tembus, bagai ceruk cahaya

yang di dalamnya ada pelita besar

pelita itu di dalam gelok kaca

kaca itu seakan-akan bintang  bercahaya cemerlang

seperti mutiara,

yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkati

itulah pohon zaitun

yang tumbuh tidak di sebelah timur

dan tidak pula di sebelah barat

yang minyaknya  hampir-hampir menerangi,

walaupun tidak disentuh api.



Cahaya di atas cahaya – berlapis-lapis

Allah membimbing kepada cahaya-Nya

siapa yang Dia kehendaki,

dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia,

dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.



Demikian kutitip pemahaman tamsilan  Allah yang mempersona

ketika menekuni an Nur 35




[1] Mishkat  atau sebuah lubang yang tak tembus, bagai ceruk cahaya adalah sebuah tempat di dinding yang di tinggikan sedikit dari lantai bagi sebuah bilik di dalam sebuah rumah, tempat meletak lampu, pada zaman sebelum ada letrik, supaya ruang bilik tersebut menjadi terang.Ruang tersebut akan lebih terang jika dinding tersebut berkapur putih.
Di ceruk cahaya tersebut diletakan lampu dari minyak zaitun. Cahayanya lembut nyaman yang diberkati menerangi  nuraini manusia yang bertakwa!

Thursday, 6 October 2011

Disebalik Sebuah Ujian





Bissmillahirahmanirahim..

Buat sahabat-sahabat yang sedang di uji dengan kesakitan, juga buat warga nilam yang ditimpa masalah kecurian., tidak lupa juga buat sahabat-sahabat kita yang diuji dengan masalah kolej kediaman di saat-saat yang dirasakan genting ini, serta kepada sahabat-sahabat ana yang berada di mesir yang khabarnya sedang bergelut dengan kedutaan kerana semua pelajar-pelajar Malaysia akan dipindahkan ke kaherah, yang dikatakan berjumlah 9000 orang semuanya yang pastinya menuntut kos kehidupan yang lebih mencabar. Juga buat adik-adik yang masih tidak mendapat apa-apa tawaran untuk meneruskan pengajian samaada di matrik mahupun maktab..

Hanya bingkisan ini yang penulis dapat hadiahkan buat kalian dalam mendepani ujian-ujian yang Allah “hadiahkan” buat kalian..

Ingatkah kalian bahawa disana ada satu ayat yang Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang turunkan buat kita?



Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja dengan mengatakan bahawa aku ini beriman!!, aku beriman!!,dan aku beriman!!!!

“wahum la yuftanun”….

Padahal mereka ini belum pun diuji..

Dalam bahasa lainya, apa yang ayat ini mahu memberitahu kita adalah..

“wahai manusia, janganlah kamu ego, janganlah kamu bongkak, dan janganlah kamu berasa bangga diri, dengan mengatakan bahawa kamu sudah beriman.. sudah beriman.. padahal kamu ini belum pernah diuji pun..”

Ayat ini dengan jelas telah memberikan kita satu isyarat, bahawa setiap insan yang mendakwa dirinya beriman pasti akan diuji.. ya.. pasti!!!.. kerana itulah janji tuhan buat kita..

Namun terserah kepada kita bagaimana untuk mentafsirkan ujian yang dihadiahkan buat kita itu..

DIBESARKAN IMAN VS. DIKECILKAN UJIAN

Kalaulah kita diberi pilihan untuk memilih antara “dibesarkan iman” atau “dikecilkan ujian”.. yang manakah yang kita akan terasa lebih selesa untuk memilihnya??

Dikecilkan ujian..

jika kita memilih untuk Allah mengecilkan ujian kepada kita.. yang sakit mintakan kesihatan, yang miskin minta kekayaan, yang susah mintakan kesenangan, yang tersepit mintakan keluasan..

apa yang kita dapat?? ya benar Allah itu Maha Pemurah.. kamu akan dapat apa yang kamu pinta.. cuma masa dan ketika yang membezakakanya.. samaada cepat atau lambat, samaada didunia mahupun diakhirat..

maka bersenang-senanglah kita dalam kenikmatan yang kita pinta itu.. dengan kembali melupakan yang Esa..

Dibesarkan iman

Tetapi jika dibesarkan iman itu yang menjadi pilihan .. maka kamu telah membuat satu keputusan yang tepat!

Ujian itu boleh datang dan pergi.. begitu juga dengan iman..jika kita meminta untuk Allah hilangkan ujian itu dalam hidup kita, ya, mungkin ianya akan hilang, ianya akan pergi.. namun AWAS!! Ianya juga boleh datang kembali..

Namun jika yang dipinta itu adalah agar dikuatkan iman dan Allah menganugerahkan kepada kita kekuatan iman itu.. ianya adalah satu asset yang tak ternilai harganya buat diri kita..

Bayangkan setiap kali datanganya ujian, kekuatan iman kita bertambah.. datang lagi ujian, bertambah lagi iman kita.. dan akhirnya semakin ditimpa ujian semakin bertambahlah iman kita.. sampai satu saat bahawa segala ujian yang menimpa kita menjadi satu wasilah untuk menambahkan kekuatan iman kita.. agar nanti kita tidak gentar dan tidak goyah menghadapi apa-apa ujian yang bakal tiba.

Dan begitulah sebenarnya sifat orang-orang mukmin, bahawa setiap apa jua peristiwa yang terbentang dan berlaku dihadapan matanya.. tidak lain hanyalah membuahkan iman dalam hatinya..

KALAULAH MEREKA PUN DIUJI

Kalaulah Nabi Yunus a.s itu pernah dilempar kedalam laut dahulu sebelum datangnya pertolongan berupa ikan paus untuk menyelamatkan Baginda..

Nabi Ibrahim a.s itu pula pernah dilemparkan kedalam ungun api yang besar oleh kaumnya sebelum Allah datangkan pertolongan dengan menjadikan api itu tidak memanas dan membakar tubuh baginda. .

Dan baginda Rasullulah s.a.w itu sendiri pernah dilontari dengan batu oleh penduduk-penduduk thaif sebelum didatangkan malaikat jibril yang menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif itu dengan bukit..

Kenapa tidak kita?? Apakah alasanya untuk ujian itu tidak dilontarkan kepada kita?? Siapalah kita untuk dibandingkan dengan Nabi-Nabi kekasih Allah.. yang mana mereka pun ditimpa dengan pelbagai ujian, bahkan jauh lebih berat dari apa yang kita hadapi..



BUAH YANG TERHASIL DARI UJIAN ITU

Ayuh kita lihat seketika tentang satu kisah yang diceritakan dalam kitab Riadhus Solihin pada bab taubat pada hadis yang bernombor 21. Cerita ini didatangkan oleh Kaab bin Malik dalam Hadis yang panjang. Ana cuba untuk ringkaskan bagi memudahkan pemahaman.

Kisah ini menceritakan bagaimana hukuman yang diterima oleh kaab akibat daripada beliau tidak menyertai perperangan Tabuk walaupun tanpa keuzuran.

Diringkaskan cerita, apabila Rasulullah pulang dari perperangan tabuk, para sahabat yang berjumlah seramai lapan puluh orang lebih kata ulamak yang tidak menyertai perperangan itu termasukkalah Kaab bin Malik, masing-masing datang kepada Rasullulah mengemukakan alasan kenapa mereka tidak dapat megikuti perperangan Tabuk tersebut dan Rasullulah mendoakan keampunan buat mereka.

Namun, apabila tiba giliran Kaab, beliau tidak memberikan apa-apa alasan sebaliknya memberitahu perkara yang sebenarnya. Sehingakan Rasullulah tidak mendoakan meminta ampun bagi pihak Kaab, sebaliknya Rasullulah menyuruh Kaab balik dan menunggu sahaja wahyu diturunkan terlebih dahulu.

Diringkaskan lagi, Kaab bersama dua orang lagi sahabat yang juga bercakap benar dan tidak mengemukakan apa-apa alasan kepada baginda, dikenakan hukuman dipulaukan oleh Rasullulah dan orang-orang muslim seluruhnya ketika itu.

Bukan sehari, bukan semingu tetapi selama lima puluh hari lima puluh malam lamanya,sehingga dirasakan dunia yang luas ini sempit baginya. Setiap orang yang ditemuinya tidak mahu bertegur sapa, sehinggakan mereka bertiga bertemankan air mata sahaja selama lima puluh hari tersebut..

Ujian yang kedua datang lagi buat Kaab, apabila Raja Ghassan yang beragama kristian menawarkan keamanan dan kesenangan buat Kaab jika beliau berhijrah ke Ghassan. Namun pantas Kaab berkata, ah, ini satu lagi ujian buatku, lalu membakar surat itu.

Tidak cukup dengan itu, pada hari yang ke empat puluh, baginda Rasullulah menyuruh Kaab menjauhi isterinya pula.. ujian apakah ini yang dikenakan keatas Kaab, perintah-perintah ini bukanlah datangnya dari Baginda Rasullulah, tetapi ianya wahyu dari Allah..

Sehinggalah hari yang ke lima puluh.. setelah selesai solat subuh, Rasullulah pun berkata bergembiralah wahai Kaab, bahawa sesungguhnya Allah telah menerima taubatmu..

Juga Allah telah menerima taubat tiga orang yang ditinggalkan di belakang, sehingga terasa
sempitlah bagi mereka bumi yang terbentang luas ini (at-taubah:118)


Alangkah indahnya saat itu bagi Kaab dan dua orang sahabatnya. Kaab bergegas mendapatkan Rasululullah, mereka semua pada ketika itu ibarat semuanya baru bertemu. Berpelukan dan saling bersyukur atas nikmat itu..

Nah, inilah dia buah dari sebuah ujian yang Allah hadiahkan buat Kaab bin Malik. Sehinggakan Allah menurunkan satu ayat yang khusus buat mereka mengisytiharkan Kaab bebas daripada sebarang dosa, bagaikan bayi yang baru lahir..

Inilah sebenarnya yang Allah mahu kita teliti bersama, bahawa di setiap apa yang Allah turunkan ‘hadiah’ ujian itu buat kita, pasti disana terselit seribu satu hikmah yang Allah jualah yang mengetahuinya.

Apa tidaknya, bila sakit datang menerpa, bila kesedihan datang melanda, bila kemiskinan menjenguk kita, bila dunia ini dirasakan sempit tidak terkira..

Di saat itulah, kita mula mencari sejadah yang sudah lama tersimpan rapi, mencari kopih yang sudah lama dibiarkan tanpa dicuci, menjenguk masjid yang dulunya tak pernah dilangkahi.. mencari ketenangan malam untuk bertahajud pada Ilahi yang sebelumnya masa-masa itu enak dibuai mimpi,demi untuk mencari ketenangan dan kekuatan dari Ilahi..

Begitulah kita, di saat ‘hadiah’ ujian itu datang, kita merasakan hanya Allah sajalah yang mampu membantu kita, hanya Allah sajalah yang ada untuk mendengar rintihan hati kita..
Kalau inilah buah dari sebuah ujian itu.. kenapa tidak kita mensyukurinya.. kenapa kita perlu mensia-siakan ‘hadiah’ ini untuk kita mendekaatkan lagi diri kita pada-Nya.

Sahabat-sahabatku sekalian.. Allah sedang menguji kita setiap waktu dan ketika, hanya untuk melihat apakah kita ini benar-benar beriman atau hanya berdusta, sebab itulah Allah turunkan satu firmanya untuk dihayati bersama..

Maksudnya:
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.(al-ankabut:3)


Ya Allah, jika ujian sajalah yang mampu membentuk dan mendidik hati ini untuk sentiasa berasa rindu pada-Mu, jika ujian inilah yang dapat menghapuskan karat-karat dosa yang ada dalam hatiku, jika ujian inilah sebagai sumber menambahkan kekuaatan imanku, maka hambamu ini bersyukur atas ujian-ujian yang telah engkau berikan padaku Ya Allah,

Juga hambamu memohon agar sentiasa DIBESARKAN IMAN tika ujian itu datang melanda..

BUAH TANGAN DARI MENTERI BESAR KELANTAN

Ana tinggalkan sahabat sekalian dengan petikan dari kata-kata Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz tentang musibah..

“orang yang kurang beriman ataupun tidak beriman, hidupnya bagai layang-layang yang putus tali. Nampak sahaja bebas, ke atas dan ke bawah. Ke kanan dan ke kiri. Sebenarnya, dia tidak tahu untuk apa dia diuji dengan suka dan duka. Jika dia menerima nikmat, dia gembira. Jika dia ditimpa musibah, dia bersedih. Akhirnya, dia tua dalam keadaan keliru. Untuk apa nikmat itu dan untuk apa musibah itu. Bagaimana adabnya ketika menghadapi nikmat dan bagaimana pula ketika diuji dengan musibah. Dia sesungguhnya tidak mengerti. Bagaikan layang-layang, akhirnya dia akan jatuh ke dalam sungai atau merempuh pokok dan musnah. Bagi orang mukmin, dia ada tali yang terikat dengan Allah. Tali itu tali taqwa. Dia Nampak seperti tidak bebas tetapi dia selamat. Dengan ikatan yang sekukuh itu, ‘layang-layang’ orang mukmin akan dapat dinaikkan setiap petang dan dapat ditarik turun di awal pagi. Ia boleh disimpan semula dan dapat dinaikkan semula dengan selamat petang berikutnya sampai ke esok pagi.”

Tuesday, 4 October 2011

Sujudlah Merendah Diri Kepada Allah

  alt

Solat merupakan perintah yang sampaikan oleh Allah secara terus kepada Nabi Muhammad SAW berbanding dengan perintah yang lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain.
Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat
DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)."
Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.
Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya.
Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
وَإِذْ قُلْنَا ادْخُلُواْ هَـذِهِ الْقَرْيَةَ فَكُلُواْ مِنْهَا حَيْثُ شِئْتُمْ رَغَداً وَادْخُلُواْ الْبَابَ سُجَّداً وَقُولُواْ حِطَّةٌ نَّغْفِرْ لَكُمْ خَطَايَاكُمْ وَسَنَزِيدُ الْمُحْسِنِينَ
Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri) dan (mintalah ampun dengan) berkata: Ya Allah ampunilah dosa kami; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 58)
 
Download Wallpaper Dengan Pelbagai Saiz
 
Download Di Sini | Size Availability
Muat Naik (Upload) Wallpaper ini di Facebook dan Tag kawan-kawan anda untuk kongsi Nasihat serta Pahala, InsyaAllah.

Sulam Hati Dengan Iman & Taqwa


  alt
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah SWT Dia akan diadakan baginya jalan keluar dan (Allah SWT) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya " Al Talaq: 2-3
Secara ringkas Takwa ialah mentaati perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNYA. Takwa merupakan kekuatan dalaman yang hebat lagi unik. Ledakannya mampu mengukir sejarah baru di dunia.
Justeru, bersihkan iman kita daripada syirik dengan menjauhi tangkal, khurafat, tahayul dan bomoh-bomoh sesat. Pastikan kita melakukan ibadah wajib dan menjauhi sebarang maksiat. Berkawanlah dengan kawan-kawan soleh supaya kita tidak terbabas.
وَءَامِنُواْ بِمَآ أَنزَلۡتُ مُصَدِّقً۬ا لِّمَا مَعَكُمۡ وَلَا تَكُونُوٓاْ أَوَّلَ كَافِرِۭ بِهِۦ‌ۖ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬ وَإِيَّـٰىَ فَٱتَّقُونِ
Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertakwa. 
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 41)

 Muat Naik (Upload) E-Kad ini di Facebook dan Tag kawan-kawan anda untuk kongsi Nasihat serta Pahala, InsyaAllah. (Klik Sini Untuk Download E-Kad)

Atau Copy Code di bawah untuk Blog, Wordpress, Friendster, Tagged dan lain-lain

 

Cahaya Indah

  alt
Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah setan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 257)

Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Qur'an) (Surah An-Nisa' 4: Ayat 174)
Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. (Surah Al-Maidah 5: Ayat 15)
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. (Surah Al-Maidah 5: Ayat 16)
إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَٮٰةَ فِيہَا هُدً۬ى وَنُورٌ۬‌ۚ يَحۡكُمُ بِہَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّـٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَڪَانُواْ عَلَيۡهِ شُہَدَآءَ‌ۚ فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.
(Surah Al-Maidah 5: Ayat 44)
 
Download Facebook Profile Picture ini dan Upload Di Facebook Anda (Klik di sini untuk download)  (1) 'Save As' dan upload (2) di gambar profil Facebook anda.
 

Tak Perlu Takut

alt
"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya." [Surah al-Araf 7: Ayat 42]
Sesungguhnya Allah tidak akan menguji manusia dengan apa yang mereka tidak mampu. Jadi setiap cabaran dan ujian yang diberi oleh Allah s.w.t itu adalah mengikut kemampuan setiap manusia itu. Mungkin kita melihat Pengajian Perubatan itu susah, dan Sains Kemanusiaan itu senang sebagai contoh.
Bagaimana pula jika kita meletakkan pelajar perubatan untuk mempelajari Sains Kemanusiaan. Saya kira barangkali, mereka juga tidak dapat memahami sepenuhnya. Kita merasakan Pengajian Perubatan itu susah, tetapi mungkin bagi mereka tidak. Allah sudah menyusun sebaik-baik rancangan untuk setiap dari kita. Kita haruslah sentiasa positif dengan setiap dugaan dan cabaran dalam kehidupan ini, kerana sekali kita beralasan, kita akan beralasan selamanya.
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun! (Sah sehingga 30 Jun 2011)
ذَٲلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ لَمۡ يَكُ مُغَيِّرً۬ا نِّعۡمَةً أَنۡعَمَهَا عَلَىٰ قَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۙ وَأَنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ۬
(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[Surah al-Anfal 8: Ayat 53]
Download Wallpaper Dengan Pelbagai Saiz
Muat Naik (Upload) Wallpaper ini di Facebook dan Tag kawan-kawan anda untuk kongsi Nasihat serta Pahala, Insya-Allah.

Friday, 19 August 2011

Ada apa dengan 'ZUHUD'??


Rasulullah s.a.w. bersabda : Zahidlah kamu di dunia nescaya ALlah mencintai kamu, dan zahidlah kamu apa yang ada pada tangan manusia, nescaya kamu dicintai oleh manusia.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

Apabila Allah menghendaki seseorang itu baik maka dizahidkannya hidup di dunia dan mengemarkannya kepada akhirat dan mempcrlihatkan kekurangun dirinya.

Apa sebenarnya erti Zahid atau Zuhud??

 Srikandi percaya , pembaca semua mesti pernah dengar perkataan atau istilah ini..Sifat Zuhud adalah antara sifat yang baik perlu ada dalam diri setiap muslim..namun, sering saja kita tersalah tafsir erti sebenar zuhud..Srikandi kerap mendengar perkataan ini dari mulut mujahidnya..kadang-kadang dalam nada bergurau, mujahid sempat lagi menyelitkan mesej, supaya isterinya itu sentiasa bersikap zuhud dan qanaah dalam rumah tangga mereka..

Tapi, srikandi juga agak keliru apa sebenarnya erti zuhud sehinggalah dia menemui sebuah buku yang sangat bagus mengupas tentang sifat zuhud ini..jom, kita kongsikan bersama..moga-moga ada manfaatnya buat semua pembaca...

apa yang perlu kita ketahui tentang ZUHUD ialah:

Zuhud ertinya tidak merasakan kekayaan dan harta ini kita punya.

Zuhud ertinya merasakan harta dan kekayaan itu kepunyaan Allah yang perlu diagihkan kepada yang berhak. 

Zuhud ertinya mempunyai kekayaan di tangan tapi tidak di hati.

Orang yang zuhud ialah 
orang yang telah memiskin dirinya hingga mudah baginya menggunakan kekayaannya untuk masyarakat dan golongan yang memerlukan.

“Apa yang ada padamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal (abadi).” (al-Nahl: 96)


Allah berfirman bermaksud:
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi ini. Sesungguhnya Allah tidak suka pada mereka yang melakukan kerosakan di muka bumi ini.” (Surah al-Qasas, ayat 77)

Zuhud bukan menghindar kenikmatan duniawi tetapi tidak meletakkan nilai yang tinggi padanya. Dan inilah definisi zuhud daripada Rasulullah s.a.w.

Bukanlah zuhud itu mengharamkan yang halal, bukan pula mensia-siakan harta, tetapi zuhud dalam dunia ialah kita tidak memandang apa yang ada di tangan itu lebih utama daripada apa yang ada di sisi Allah. Kekayaan, kekuasaan da kemasyuran semuanya berubah, tidak tetap dan akhirnya kita harus ditinggalkan.

Lalu apa yang ada di sisi Allah?
Rahmat-Nya yang meliputi segala sesuatu. 



Menurut Prof. Dr. Hamka, 

Zuhud bukanlah menolak kekayaan..kerana kekayaan hakiki ialah mencukupkan apa yang ada, sudi menerima walaupun banyak, sebab ia nikmat Allah. Dan tidak pula kecewa jika jumlahnya berkurang, sebab ia semua daripada Allah. 

Jika kekayaan melimpah untuk diri, ia perlu digunakan untuk membantu dalam perkara kebajikan dan membina keteguhan hati beribadah kepada Allah.

Harta tidak dicintai kerana dia harta. Harta hanya dicintai sebab ia adalah pemberian Allah. 

Terlampau menumpahkan cinta kepada harta benda semata-mata, menyebabkan buta daripada pertimbangan, sehingga hilang cinta kepada bangsa, tanah air, agama dan Allah sendiri. 


Alangkah indahnya jika kita dapat menanamkan sifat zuhud ini dalam DIRI, KELUARGA dan MASYARAKAT..
Jika zuhud dipupuk dalam diri, maka akan terbentuklah individu itu , menjadi seorang yang sangat pemurah dengan hartanya..sentiasa merasa cukup atas segala nikmat dan rezeki dari ALLAH..qanaah dalam urusan hidupnya..dan tidak menjadikan matlamat hidupnya semata-mata kerana memburu harta kekayaan tapi akhirat yang lebih utama..

Lebih elok lagi jika dalam keluarga, sifat zuhud dijadikan amalan. Suami isteri , dan anak-anak di ajar agar mengamalkan sikap zuhud..sentiasa bersyukur dengan harta yang sedikit dan lebih bersyukur lagi jika dikurniakan harta yang melimpah ruah..sedekah dan amal jariah menjadi amalan dalam rumah tangga..bersederhana dalam rumah tangga..dan sentiasa mengutamakan 'keperluan' dari 'kehendak' setiap kali berbelanja untuk rumah tangga..

Sungguh mulia lagi jika masyarakat dalam sesebuah negara itu yang di ajar dan di asuh agar sentiasa bersikap zuhud dengan harta..semakin ramailah lahir para dermawan..zakat buat si miskin akan bertambah banyak dan boleh mengurangkan kadar kemiskinan..tiada lagi rasa dengki si miskin pada yang kaya kerana harta pemberian ALLAH sentiasa di agih-agihkan..

BAHAGIANYA jika ini semua benar-benar berlaku..insyaALLAH..
NAMUN.. sebagai individu yang mengaku muslim dan mukmin, marilah kita mulakan langkah pertama dari diri kita sendiri..

Jom kita pupuk sifat zuhud ini dalam diri..sentiasa siram dan suburkannya agar zuhud menjadi pakaian diri..dan beroleh harta yang berkat dan kehidupan yang bahagia..bukan sahaja di dunia..bahkan di negeri yang kekal abadi, di akhirat sana..

Tapi macamana nak jadi seorang yang zuhud ni ye???

Imam Al-Ghazali memberikan tiga tips.  

Pertama, memaksa diri untuk mengendalikan hawa nafsunya. 

Kedua, sukarela meninggalkan pesona dunia karena dipandang kurang penting. 

Ketiga, tidak merasakan zuhud sebagai beban, karena dunia dipandang bukan apa-apa bagi dirinya
.
Sementara itu, Ibrahim bin Adham pernah ditanya seorang lelaki, 

“Bagaimana cara engkau mencapai derajat orang zuhud?” Ibrahim menjawab,”
Dengan tiga hal, 

Pertama, aku melihat kuburan itu sunyi dan menakutkan, sedang aku tidak menemukan orang yang dapat menentramkan hatiku di sana.
Kedua, aku melihat perjalanan hidup menuju akhirat itu amat jauh, sedang aku tidak memiliki cukup bekal.  

Ketiga, aku melihat Rabb Yang Maha Kuasa menetapkan satu keputusan atasku, sedang aku tidak punya alasan untuk menolak keputusan itu.” (Abu Ishak Ibrahim bin Adham Al Balkhi)

Friday, 12 August 2011

Zikir, Kaedah dan Cara Paling Afdhal (2)

Bismillah.. Dengan Nama Allah...

Ya Robbi Solli A'ala Muhammad , Ya Robbi Solli Alaihi Wassallim....
Assalamualaikum wbt...

Dengan izin dan Rahmat Allah , saya menaip...
Saya ada banyak soalan berkaitan topik ni... Boleh tak saya tanya ??
Maaf lah kalau menyusahkan , tapi saya betul-betul ada masalah berikatan ibadah ni..

Ada tak sudi nak jawab ? saya nak mintak otai kongsi ilmu.. ada benda yang perlu saya tahu..

  Daripada Abdullah bin Amr r.a, Nabi s.a.w. bersabda :"Sahabat yang terbaik disisi Allah adalah sahabat yang paling banyak BERBUAT BAIK kepada sahabatnya."(Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Bolehkah sahabat2 yang sudah mempunyai ilmu zikir dan sudah mempunyai syaikh menjawab soalan2 saya?? Penting sangat ni... Kasih kan lah saya yang jahil lagi hina ni..

  Daripada Abdullah bin Amr r.a, Nabi s.a.w. bersabda :"Orang-orang yang BERSIFAT KASIHAN, dikasihi oleh yang Maha Mengasihi. Kasihanilah mereka yang di bumi nescaya yang di LANGIT akan MENGASIHI kamu ."(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Re: Zikir, Kaedah dan Cara Paling Afdhal (1)

Sumber : Ihya' Ulumuddin (Hujjatul Islam, Al-Imam Al-Ghazali rh)

Kitab Zikir dan Doa.

Al-Imam menulis...

Kalau anda mengatakan: "Mengapakah kiranya berzikir akan Allah swt, serta begitu ringan pada lisan dan sedikit sekali memerlukan tenaga, menjadi begitu utama dan lebih bermanfaat dari sejumlah ibadah yang lain, yang disertai banyak kesulitan padanya?"

Maka aku menjawab, bahwa ketahuilah kiranya, bahwa penyelidikan tentang ini tidaklah layak, selain dengan ilmu mukasyafah. Dan batas yang diperbolehkan menerangkannya pada ilmu mu'amalah ialah, bahawa yang membawa bekas yang bermanfa'at, yaitu: zikir yang terus-menerus, disertai kehadiran hati.

Adapun zikir dengan lisan dan hati itu lalai, adalah sedikit faedahnya. Dalam beberapa hadis terdapat pula, yang menunjukkan kepada yang demikian.

Kehadiran hati pada sekejap waktu dengan zikir dan lengah dari mengingati Allah 'Azza wa Jalla serta sibuk pula dengan dunia, adalah sedikit faedahnya.

Tetapi kehadiran hati serta Allah Ta'ala terus-menerus atau pada kebanyakan waktu, adalah yang diutamakan pada ibadah. Bahkan dengan itu menjadi mulia ibadah-ibadah yang lain.

Dan itulah tujuan dari hasil ibadah yang dikerjakan (ibadah 'amaliyah).

Zikir itu mempunyai awal dan akhir. Awalnya, mewajibkan jinak hati dan cinta. Akhirnya, mewajibkan: jinak hati dan cinta. Dan timbullah daripadanya - itulah yang dicari - jinak hati dan cinta.

Seorang murid pada permulaan pekerjaannya, kadang-kadang ia secara berat sekali membelokkan hati dan lisannya dari was-was, kepada zikir mengingati Allah 'Azza wa Jalla. Kalau ia memperoleh taufik, untuk terus-menerus, nescaya jinaklah hatinya dan tertanamlah dalam qalbunya kecintaan kepada yang dizikirkannya itu: yaitu Allah Ta'ala.

Dan tidak wajarlah ini untuk diherankan. Kerana menurut biasa yang terlihat, engkau sebutkan seseorang yang jauh, yang tak hadir di hadapan seseorang, engkau ulang-ulangi menyebutkan hal-keadaannya pada orang itu. Maka cintalah dia akan orang yang jauh itu, dan kadang-kadang ia asyik dengan sifat dan banyak menyebutkannya. Dan orang yang banyak menyebutkan sesuatu, meskipun dengan perasaan berat, nescaya ia mencintainya.

Maka seperti itulah, permulaan zikir itu terasa berat, sampai kepada menghasilkan kejinakkan hati dengan "yang dizikirkan" dan kekasih-sayangan kepadaNya. Kemudian, tidak sabar lagi pada akhirnya, lalu yang positif itu menjadi positif dan buah itu menjadi berbuah.

Dan inilah erti perkataan sebahagian mereka: "Aku menghadapi kesulitan dengan Al-Quran selama 20 tahun. Kemudian aku merasa nikmat dengan Al-Quran selama 20 tahun. Dan kenikmatan itu tidak datang selain dari kejinakan hati dan kecintaan. Dan kejinakan hati sayangan itu tidak timbul, selain daripada terus-terusan menghadapi kesulitan dan keberatan pada masa yang panjang, sehingga keberatan itu menjadi biasa.

Maka bagaimanakah dipandang ini jauh dari kebenaran, sedang manusia itu pada mulanya merasa berat memperoleh makanan yang akan mengenyangkannya. Merasa kesulitan memakannya. Dan membiasakan diri padanya, iaitu kemudian menjadi bersesuaian dengan tabiatnya. Sehingga ia tidak sabar lagi daripadanya.

" Jiwa itu membiasakan memikul apa yang dirasa berat, sehingga apa yang dibiasakannya, menjadi terbiasa."

Ertinya: Apa yang dirasanya berat pada mula-mula, menjadi tabiat pada kesudahannya. Kemudian apabila telah diperoleh kejinakkan hati dengan berzikir kepada Allah swt, nescaya terputuslah hatinya dari yang lain selain dari zikir kepada Allah Ta'ala. Dan selain Allah 'Azza wa Jalla itulah yang akan berpisah dengan dia ketika mati. Maka tidak kekal bersama dia di dalam kubur, keluarga, harta, anak dan kekuasaan. Dan tiada yang kekal selain daripada zikir kepada Allah 'Azza wa Jalla.

Kalau ia merasa hatinya jinak dengan zikir, nescaya bersenang-senanglah dan merasa enaklah ia dengan zikir itu, dengan habisnya segala penghalang yang membelokkannya dari berzikir. Kerana segala keperluan yang penting dalam hidup duniawi, menghalanginya dari berzikir kepada Allah 'Azza wa Jalla. Dan sesudah mati, penghalang itu tidak ada lagi. Seakan-akan ia telah memperoleh kesempatan yang penuh antaranya dan kecintaannya. Maka amat besarlah kegembiraannya dan terlepas dia dari penjara, di mana ia terlarang di dalamnya, menghubungi dengan apa yang menjinakkan hatinya. Kerana itulah, bersabda Nabi saw: " Sesungguhnya roh suci diilhamkan ke dalam hatiku, maka cintailah apa yang engkau cinta, kerana engkau akan bercerai dengan dia". Yang dimaksudkan, yaitu: tiap-tiap apa yang berhubungan dengan dunia.

Tuesday, 9 August 2011

Solat Istikharah jadi pedoman orang mukmin


SEBUT sahaja solat sunat Istikharah, pasti yang tergambar dalam minda kita ialah solat untuk memilih pasangan atau mencari jodoh terbaik. Itulah tanggapan umum mengenai solat sunat ini.
Pensyarah di Jabatan Bahasa al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Zahazan Mohamed menjelaskan istikharah yang membawa maksud ‘meminta Allah mengilhamkan sesuatu dalam sesuatu urusan’ merupakan senjata orang yang beriman dalam menghadapi urusan agar dapat membuat pilihan yang tepat.
Yang pasti urusan itu tidak sahaja yang melibatkan pemilihan bakal pasangan tetapi turut merangkumi soal-soal berkaitan rumah, kenderaan, kerja dan sebagainya. Pokoknya ibadat itu memohon petunjuk tentang perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu penentuan atau pilihan.
“Rasulullah s.a.w. telah mensyariatkan umatnya agar mereka memohon pengetahuan Allah dalam segala urusan yang mereka alami dalam kehidupan, sama ada yang kecil mahupun besar, agar beroleh kebaikan. Ia sebenarnya dilakukan bagi menggantikan upacara pada zaman jahiliah berupa meramalkan masa depan dengan berpandukan kepada berhala dan syaitan.
“Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fathul Bari mengatakan solat ini mencakupi urusan-urusan besar atau kecil. Banyak masalah yang kita sangkakan kecil akhirnya berkembang menjadi masalah yang lebih besar,” kata Zahazan yang juga giat menulis buku dengan penerbitan Telaga Biru.
Secara umumnya, kata Zahazan, pensyariatan ibadat ini adalah untuk menunjukkan kepada umat Islam kaedah memohon pertolongan Allah agar diberi taufik dan hidayah dalam membuat keputusan. Seperti mana banyak dijelaskan, ibadah ini diajar oleh Nabi sebagai jalan keluar daripada pergantungan kepada syaitan dalam amalan penujuman dan perbomohan yang menyebabkan penipuan dan penganiayaan terhadap hak sesama manusia.
Ini bagi mengelakkan golongan tersebut mengambil kesempatan atas kejahilan manusia bahawa kononnya mereka mengetahui masa depan. Sebaliknya, Allah menjelaskan dalam al-Quran, ... kalaulah aku (Nabi Muhammad) mengetahui hal yang ghaib (akan berlaku), tentu aku akan berbuat kebaikan dengan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa sebarang kemudaratan.” (al-A’raf: 188)
Ayat ini menerangkan tentang peringatan Allah kepada kita bahawa Nabi s.a.w. yang menerima wahyu daripada-Nya juga tidak mengetahui apakah yang akan berlaku, inikan pula kita. Lantaran itu, memohon kepada Allah agar beroleh reda-Nya merupakan petanda ketakwaan dan menyerahkan segala urusan kepada-Nya. Ini merupakan manifestasi keimanan yang mutlak kepada-Nya. Hal ini disebutkan dalam hadis pada bab Muraqabatullah dalam Kitab Riyadhus Solihin, Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: Apabila kamu meminta pertolongan mintalah kepada Allah. (Riwayat Tirmizi)
Terdapat juga sebuah athar yang bermaksud: “Tidak akan kecewa orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat dengan orang lain.”
Menurutnya lagi, dalam hadis daripada Jabir r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. mengajarkan istikharah kepada kami dalam segala urusan sebagaimana Baginda mengajar kami sesuatu surah daripada al-Quran. Sabda Baginda: Jika salah seorang daripada kamu berkeinginan untuk melakukan sesuatu, maka hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat di luar solat wajib. (Riwayat Bukhari)
Malah, menurut al-Imam al-Nawawi dalam al-Azkar, seseorang yang melakukan istikharah, maka dadanya akan terbuka luas untuk sesuatu urusan, malah dia akan terlihat kebaikan pada perkara yang akan dilakukan atau sebaliknya.
Al-Zamlakani pula mengatakan: “Jika seseorang mengerjakan solat istikharah dua rakaat untuk sesuatu hal, maka hendaklah dia setelah itu melakukan perkara yang kelihatan baginya sama ada dia berasa senang ataupun tidak, kerana kebaikan itu berada dalam jiwanya sekalipun jiwanya tidak menyenanginya.”
Selain itu, kata Zahazan, tiada satu keterangan daripada hadis yang menjelaskan bahawa seseorang itu akan diilhamkan dengan perasaan senang hati atau sebagainya.
“Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan seseorang yang bersolat sunat ini akan memperoleh petanda tertentu melalui mimpi atau sebagainya. Namun begitu jika berlaku petunjuk seperti itu ia merupakan nikmat Allah.
“Hadis di atas bermaksud urusan yang dilakukan itu akan dipermudahkan oleh Allah dan diberikan keberkatan. Atau dalam keadaan lain, Allah akan memberikannya sesuatu kebaikan yang lain. Malahan dia akan sentiasa mendapat kebaikan dalam semua urusannya,” katanya.
Nasihat Zahazan, jadikanlah solat sunat ini sebagai satu ibadah yang dilakukan ikhlas kerana-Nya. Ambillah kesempatan untuk bermesyuarat dengan sahabat-sahabat yang soleh kerana Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ali-Imran ayat ke 159 bermaksud: dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.
Batas waktu
Solat Istikharah adalah solat yang dilakukan di luar solat wajib tanpa dibataskan waktu-waktu yang tertentu. Jadi ia boleh diamalkan pada bila-bila masa. Al-Imam al-Nawawi menyatakan dalam al-Azkar, solat ini boleh dikerjakan dengan dua rakaat sunat rawatib, tahiyatul masjid dan solat-solat sunat yang lain. Walau bagaimanapun melihat kepada susunan oleh al-Bukhari, beliau cenderung ke arah menggalakkan ibadat ini dikerjakan pada waktu malam, kerana lazimnya istikharah dilakukan sebagai usaha mendapat pimpinan Allah.
Justeru, waktu malam merupakan pilihan yang tepat memandangkan kepada sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari bermaksud: Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk-Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk-Ku berikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk-Ku ampunkan?
Berdasarkan hadis di atas, jelas kepada kita bahawa solat ini dikerjakan secara bersendirian di luar waktu solat fardu. Walaupun tiada keterangan yang khusus menunjukkan kepentingannya untuk dilakukan bersama dengan solat hajat dan tahajjud, tetapi lazimnya waktu bertahajjud merupakan waktu yang baik untuk bermunajat kepada Allah.

Doa
Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon petunjuk-Mu untuk membuat pilihan yang tepat dengan ilmu-Mu dan aku memohon kekuatan kepada-Mu (untuk mendapat penyelesaian ) dengan kekuasaan-Mu, aku memohon daripada anugerah-Mu yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau maha berkuasa, sedangkan aku tidak, Engkau maha mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau maha mengetahui perkara yang ghaib. Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini ... (disebutkan hajatnya ) baik untukku dalam urusan agamaku, hidupku dan kesudahanku, maka mudahkanlah bagiku dalam urusan itu, kemudian kurniakanlah berkat kepadaku. Akan tetapi bila Engkau mengetahui bahawa persoalan itu lebih bahaya kepadaku dalam agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, maka elakkanlah aku daripadanya, kemudian takdirkan bagiku segala perkara yang baik di mana saja dan jadikanlah aku orang yang reda dengan ketetapan tersebut.
Dalam hadis ini, Nabi s.a.w. menganjurkan agar seseorang yang mempunyai hajat itu menyebutkan hajatnya di pertengahan doa agar diberi petunjuk oleh Allah s.w.t..

Bacaan surah
Sebenarnya tiada suatu dalil pun yang menetapkan bacaan surah tertentu mengiringi al-Fatihah. Walau bagaimanapun, al-Imam al-Nawawi menerusi kitabnya al-Azkar mencadangkan agar membaca surah al-Kafirun pada rakaat pertama selepas al-Fatihah dan al-Ikhlas pada rakaat kedua selepas al-Fatihah. Kenyataan ini disokong oleh al-Iraqi dalam Syarah al-Azkar oleh Ibn Allan, Wallahu A'lam.