Showing posts with label kesihatan... Show all posts
Showing posts with label kesihatan... Show all posts

Monday, 31 October 2011

selesaikan masalah mulut berbau anda..


Adakah anda pernah menghadapi masalah mulut berbau? Pasti ramai yang berasa kurang selesa apabila mulut kita berbau ataupun orang yang terdekat dengan kita menghadapi masalah ini.Memang memalukan terutama apabila kita berbual dengan seseorang dan kemudian dia cuba berpaling dari kita kerana tidak tahan bau mulut kita yang berbau.Sekiranya anda kurang tahu bahawa mulut anda berbau atau tidak cuba buat cara ini semburkanlah nafas anda ke tapak tangan yang menghadap ke hidung anda dan jika nafas anda berbau anda akan dapat menghidunya.Cara kedua semburkan nafas anda ke anak kecil selepas itu tanya mereka samada berbau atau tidak selalunya anak-anak yang kecil ini tidak menipu dan jujur bila berkata.

Bau mulut ini tidak boleh hilang jika hanya menguyah gula-gula getah perasa mint, mengosok gigi secara teratur dan berkumur dengan cairan pengharum nafas sahaja kerana bau mulut ini bukanlah penyakit tetapi adalah gejala suatu penyakit.Ia mungkin berpunca dari gigi,sinus,tonsil atau peradangan usus dan adanya hiatus hernia iaitu kantung di dalam perut yang menyebabkan makanan berkumpul di dalamnya dan mengakibatkan bau yang tidak enak.

Faktor-Faktor penyebab bau mulut.

1.Makanan-sisa-sisa makanan yang terlekat pada gigi juga boleh mendatang bau mulut

2.Gigi -Masalah kesihatan gigi juga menyebabkan nafas tidak sedap kerana apabila sisa makanan terlekat pada gigi atau gusi munculnya bakteria penyebab bau yang akan menimbulkan iritasi pada gusi dan menyebabkan gigi buruk dan berbau.Memakai gigi palsu yang tidak bersih dan tidak bagus pada tempatnya juga boleh jadikan mulurt berbau busuk.

3.Mulut Kering -Air liur mambantu kita membersihkan mulut .Mulut yang kering akan akan menyebabkan sel sel mati berkumpul pada lidah dan gusi dan sel sel ini akan membusuk dan muncullah bau yang kurang enak itu.Merokok dan ubat-ubatan tertentu penyebab mulut kering.

4.Penyakit - Penyakit yang dapat menyebabkan bau ialah seperti infeksi kronis pada paru-paru,kerosakan buah pinggang dan kerosakan hati dan diabetes.

Cara mengurangkan bau mulut

1.Gosok gigi selepas makan

2-Gunakan dental floss sekurang-kurangnye sekali sehari untuk buang sisa makan di celah-celah gigi

3.Lidah juga harus diberus terutama di bahagian belakangnya untuk menghilangkan sel-sel mati,bakteria dan sisa makanan

4.Jika memakai gigi palsu atau kawat gigi perlulah membersihkan minima sekali sehari

5.Minum air putih banyak dan hindari minuman alkohol,kopi dan soda agar mulut tetap basah.Gantilah berus gigi setiap 2 atau 3 bulan sekali.

6.Periksalah gigi anda ke doktor minima setiap 6 bulan sekali.

kpd kwn2 ak..tlg la test bau mulut anda..ak juga..hehehe..

Lepas hilang jerawat?



kalau korang dah try tips hilangkan jerawat tu, mesti pastu jerawat korang tinggalkan parut kan? kali ni tips nak hilangkan parut pulak..hehehehe :)

Untuk menghilangkan parut, bahan-bahannya ialah :

bunga raya merah

haaa..tu jek..betul! tak tipu ni..cara-cara dia pulak :

ambil kelopak bunga raya merah then tumbuk sampai hancur..lepas tu sapukan kat parut kat muka korang..biarkan sehingga kering then cuci dengan air bersih..haaa..simple kan? rajin-rajin kan lah buat selalu sampai nampak kesannya oke! hee~

petua ni senang jek..tapi masalah sekarang nak dapatkan bunga raya tu jek yang payah..hehe..kat pasar ada jual tak????

insyaAllah jadi camni..sebelum dan selepas..hehehe :)
selamat mencuba!

Tips dapatkan rambut sihat.




asyik nak jaga muka jek..rambut taknak jaga? hehehe..tambah-tambah pada si pemakai tudung..mesti banyak masalah rambut..gugur la..kering la..menggerutu la..macam-macam..pada yang tak pakai tudung pulak..jangan sangka rambut korang sihat ye..rambut yang terdedah dengan cahaya matahari lagi lah merosakkan..so..ikut lah tips yang tak berapa ni...jom!!


Air

Kandungan air di dalam rambut adalah 1/4 daripada berat setiap helaian rambut. Agar kelembapan rambut terjaga, pastikan anda minum banyak air setiap hari (idealnya 7-8 gelas setiap hari). Perlu diingatkan, minumlah sedikit demi sedikit namun secara terus menerus. Jangan tunggu sampai berasa haus. Air bukan sahaja berfungsi untuk mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi, namun ia juga boleh membuatkan rambut anda lembut dan berkilau.


Vitamin

Vitamin A bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala kerana pada asasnya vitamin ini amat baik untuk kesihatan kulit. Dapatkan vitamin A dari sayuran seperti lobak merah. Vitamin B and C penting untuk melancarkan sistem peredaran darah, pertumbuhan rambut dan warna rambut. Kadar vitamin B yang cukup dalam tubuh akan terlihat daripada lembapnya rambut dan hujung rambut yang tidak pecah-pacah. Dapatkan kedua-dua vitamin ini dari buah-buahan, sayuran, bijirin, telur, susu dan roti.


Protein

Protein dapat membuatkan setiap helaian rambut menjadi kuat. Oleh itu, makanan yang mengandung protein seperti ikan, daging, susu, keju atau telur amat disarankan. Ambil protein yang cukup juga akan mencegah hujung rambut daripada bercabang.


Mineral

Zat besi akan membantu membawa oksigen ke rambut. Kekurangan zat besi akan mengakibatkan rambut dan folikelnya kekurangan oksigen. Ini bermakna, akar rambut tidak dapat menyalurkan nutrisinya ke helaian rambut secara efektif. Tingkatkan pengambilan zat besi dengan mengambil daging merah dan sayuran berwarna hijau tua. Zink pula mampu merangsang protein rambut yang berfungsi mencegah terjadinya kerosakkan rambut. Daging dan makanan laut merupakan sumber zink yang paling baik.

*cara tradisional, sapukan minyak kelapa kat kepala korang..confirm rambut berkilat hitam pekat bersinar..lebat lagi..keh3! :D

Friday, 7 October 2011

penyakit...penyakit..penyakit..

Menghindari Penyakit
Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.
Menahan Nafas
Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.

Memulihkan Sakit Jantung
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.

Menghindarkan Sakit Jantung
Elakkan tidur pada waktu siang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari.

Menghilangkan Bisa-bisa Tulang
  1. Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.
  2. Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu.
  3. Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa.
Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-
  1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
  3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
  4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
  5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:-
  1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
  4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.
Telinga Dimasuki Air
Jika telinga kiri anda dimasuki air, mengiringlah ke sebelah kiri. Lakukan juga seperti ini sekiranya telinga kanan anda dimasuki air.
Mengelakkan Kelesuan Ketika Haid
Cara untuk mengatasinya ialah :-

  • Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih.
  • Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.
Memerahkan Bibir
  1. Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari.
  2. Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur.
Rawatan Anak Demam Panas
Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.
Demam Panas
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.

Apabila Terkena Air Panas
Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.

Bawang Putih Bunuh Kutu
Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu.

Bengkak Akibat Terjatuh
Campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut.

Batuk
Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:

  1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
  2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
  3. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
  4. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
Sakit Angin
Jika anda terkena senak perut dan selalu sendawa angin minumlah air rebusan ini :-

  1. Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali.
  2. Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia.
Memulihkan Tenaga Lelaki
  1. Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengah gelas air. Tapis dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Setelah itu campurkan pula gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.
  2. Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudian diikuti dengan meminum akar kayu.
Mengubati Sakit Mulut
Anak anda mengalami sakit mulut. Rawatilah dengan cara berikut.

  • Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air.
  • Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih.
  • Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.
Bibir atau Lidah Pecah Akibat Tergigit
  1. Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah ke tempat yang pecah. Dalam masa dua hari, luka akan sembuh.
  2. Sapukan garam atau marjerin cair pada tempat yang sakit. Rasanya agak pedih sedikit.
Cairkan Lendir di Tekak
Makan anggur tiga kali seminggu untuk mencairkan lendir di tekak.

Daun Pucuk manis Ubat Pitam
Ramas sedikit pucuk manis dengan air. Embunkan semalaman. Pada keesokkan paginya, lumurkan di kepala. Lakukan beberapa kali.

Daun Sirih Ubat Kembung Perut
Kebiasaannya bayi berusia enam bulan ke atas mengalami kembung perut, cara yang paling mudah mengubatinya ialah : Layurkan dua helai daun sirih. Setelah itu barutkan pada perut bayi.

Penawar Sakit Kepala
  1. Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini :
    • Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.
    • Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.
  2. Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
  3. Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.
  4. Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.
  5. Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.
Menambahkan Darah
Cara-cara untuk menambahkan darah (yang hilang) dalam badan anda ialah :

  1. Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang.
  2. Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus.
Mengurangkan Tekanan
Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.

Memulihkan Rasa Gatal di Kemaluan
Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau rasa kurang selesa.

Penawar Batu Karang
Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.

Anak-anak Demam Berlarutan
Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan keseluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

Elak Keracunan Udang atau Ketam
Sebelum memasak, rebus dahulu udang/ketam dengan sedikit arang kayu. Biarkan selama lima minit. Kemudian masaklah mengikut kesukaan anda.

Mententeramkan Jiwa
Cara untuk mententeramkan jiwa ialah dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu malam atau pagi.

Gusi Berdarah
Terdapat dua cara di sini untuk merawati gusi berdarah :

  1. Ambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi tidak berdarah lagi.
  2. Rebus dua helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabila mengelegak, campurkan sedikit asam gelugur dan garam. Biarkan seketika. Apabila suam berkumurlah. Amalkan setiap pagi dan malam
Bibir Pecah Akibat Kepanasan
Campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata. Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas.
Hentikan Muntah
Muntah biasanya terjadi akibat salah makan. Ini akan menyebabkan badan penat dan terasa sakit. Langkah yang sebaik-baiknya ialah mengambil buah pelaga yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air panas. Berikan kepada yang sedang muntah untuk diminum.

Hilangkan Rasa Pijar
  1. Jangan basuh bahagian yang pijar. Sapukan dengan minyak kelapa. Biarkan seketika. Pijar pasti hilang.
  2. Ambil seuncang daun teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalam air batu buat seketika. Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar. Rendamkan berulangkali agar uncang teh itu terasa sejuk.
Jadam Legakan Bengkak
Campurkan sedikit jadam sebesar ibu jari kaki ke dalam air perahan sebiji limau nipis. Panaskan sehingga jadam itu cair. Kemudian sapukan pada bahagian bengkak dan balut dengan daun pisang atau kertas plastik. Biarkan semalaman.

Tersusuk Duri
  1. Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut. Insya-Allah pada pagi esoknya sakit akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.
  2. Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudian bakar hingga hangus. Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut.
Ruam
Bayi yang baru lahir biasanya mudah diserang ruam panas. Untuk menyembuhkan ruam panas ini, gunakan kanji nasi . Caranya ialah :-
  1. Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam panas.
  2. Tumbuk ragi yang sederhana besar. Selepas itu diayak. Kemudian campurkan dengan bedak. Sapukan pada kulit bayi.
  3. Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan pada kulit yang dipenuhi ruam. Ulangi beberapa kali sehingga ruam itu sembuh.
Penawar Bisul
  1. Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh
  2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.
  3. Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.
  4. Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.
  5. Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.
Mencantikkan Kulit Bayi
Campurkan tiga suku tepung kanji dengan air suam. Kacau kemudian mandikan bayi. terus lapkan badan bayi tanpa bilasan air lain.
Ketuat
  1. Ambil abu ubat nyamuk. Bancuhkan dengan air. sapukan pada ketuat setiap hari. Dalam beberapa hari ketuat akan hilang. Insya-Allah.
  2. Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya tanpa rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut yang hodoh.
Menghilangkan Rasa Lenguh dan Letih
  1. Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih.
  2. Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air. Sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga hilang lenguh-lenguh tersebut.
Mengubat Kaki Terseliuh
Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa.
Kurangkan Bercakap
Banyak bercakap boleh menyebabkan didatangi penyakit.

Kurangkan Panas Badan Anak
Campurkan dua ulas bawang jantan dengan satu sudu cuka. Jaramkan di kepala anak anda.

Kurangkan Penyakit Darah Tinggi
  1. Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan satu sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum dan bawa berehat.
  2. Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. tapis dan minum setiap hari.
  3. Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan selalu.
  4. Amalkan memakan belimbing besi setiap hari.
Mabuk Kenderaan
  1. Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.
  2. Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya semasa dalam perjalanan.
Mandul
Cubalah untuk mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah dan rojak nanas seminggu sekali. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.
Keputihan
  1. Makan sekuntum bunga siantan (menjarum) bersama dengan daun sirih. Sebagai ulam pula, makanlah kuntum bunga inai putih. Amalkan setiap hari.
  2. Rendamkan lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari di waktu pagi dan petang. Bunga itu boleh direndamkan berulang-ulang hingga rasa pahitnya hilang.
  3. Rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali.Campurkan sedikit garam. Minum dua kali sehari sehingga sembuh.
Merawat Lebam Akibat Tercedera
Tumbuk hingga halus bawang merah, bawang putih dan daun jambu batu mengikut sukatan yang tertentu. Setelah itu tempekkan pada bahagian yang lebam dan balutkan dengan kain yang bersih. Biarkan lebih kurang 2 jam.
Melegakan Cirit Birit
  1. Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu cawan teh o pekat kemudian diminum.
  2. Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. Tempelkan pada perut dan balutkan dengan kain
  3. Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit.
Sukar Buang Air Besar
Kupas kentang lalu dihiris. Tempelkan hirisan tersebut pada bahagian pinggang dan dubur anda. Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabu atau kering, berbeza dari warna asalnya.
Bayi Sukar Buang Air Besar
Ramas beberapa helai daun keledek. Ambil lendir tersebut dan sapukan pada perut bayi. Biarkan ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari

Melegakan Sakit Akibat Terkepit
Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit. Ulangi beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan.

Melegakan Tekak Perit
Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan seketika. Kemudian minum airnya.

Menajamkan Penglihatan
  1. Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan kerap memandang sesuatu yang hijau.
  2. Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis.
  3. Bercelak ketika hendak tidur.
  4. Kerap duduk mengadap kiblat.
  5. Makan lobak putih selalu.
Bengkak Pipi Akibat Sakit Gigi
Tumbuk lumat segenggam daun bunga raya. Letakkan pada pipi yang bengkak. Biarkan sehingga sakit gigi lega.
Mencegah Penyakit Buasir
Melakukan senaman pada setiap pagi hari sebelum berjalan. Angkat kedua belah kaki anda ke atas dan kedua tangan anda di bawah punggung kedua-duanya. Kemudian tahan nafas ketika naik kaki ke atas dan lepaskan nafas ketika anda turunkan kaki. Kemudian ulangi tiga kali setiap hari. Mudah-mudahan sembuh.

Jika Terminum Racun
Minum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah dapatkan rawatan selanjutnya dari doktor.

Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang
Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk mengelakkannya, rendamkan bawang tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas kulitnya.

Mengatasi Mual Ketika Mengandung
Jangan minum air lain setiap hari kecuali air suam.

Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus
Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. Amalkan memberi minuman ini selama seminggu.

Menghidap Barah Rahim
Untuk mengubati barah rahim, rebus dan minum air benalu teh yang tumbuh di dataran tinggi (750 meter dari aras laut). Amalkan selama tiga bulan.

Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak
Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garam jantan, minum tiga kali sehari.

Menghilangkan Angin
Caranya ialah dengan merebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka (ikut cita rasa anda). Apabila suam, minumlah airnya setiap hari. Lebih elok diminum selepas makan nasi.

Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk
Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.

Mengubati Kulit Terpercik Minyak Panas
  1. Cara pertama : sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. Insya-allah kulit tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan.
  2. Parut beberapa biji bawang merah. Tampalkan pada bahagian yang terkena minyak panas. Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkan beberapa hari barulah pembalut itu dibuka.
  3. Masak lemak ayam dengan api yang sederhana. Sejukkan dan simpan dalam botol. Apabila terkena minyak panas, sapukan lemak tersebut.
Mengubati Senggugut
  1. Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
  2. Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama tiga hari.
  3. Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.
  4. Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.
Menyedapkan Suara
Jika suara anda mengalami gangguan, rawatilah dengan menyediakan secawan air pada waktu malam. Biarkan semalaman dan kemudian apabila bangun pagi, minum air tersebut tanpa perlu membasuh muka dahulu.
Merawat Hidung Berdarah
Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang berdarah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di atas dahi.

Menyegarkan Badan>
Mandi haid, selain dari mandi dengan air biasa, elok juga mandi dengan air yang telah diramas daun bidara untuk kesegaran badan. Caranya :

  • Sebelum mandi, mestilah berwudhuk dengan sebaiknya.
  • Sesudah mandi, sediakan perca kain atau kapas yang sudah diwangikan dengan minyak wangi atau kasturi.
  • Lalu digosokkan di dinding kemaluan.
Merawat Luka
  1. Kunyah daun rumput atau daun senduduk sehingga lumat. Kemudian tempekkan pada luka tersebut. Darah akan cepat berhenti dan tidak akan keluar lagi.
  2. Parut anggaran 6 sm halia bersama sebiji bawang besar, dan campurkan dengan sedikit garam halus. Letakkan pada luka dan balutkan dengan kain bersih. Memang agak pedih sedikit tetapi hasilnya akan memuaskan.
  3. Lap dahulu bahagian yang terluka dengan kain basah. Ambil sebatang kulit kayu manis dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan setitik madu lebah. Sapukan pada bahagian yang luka.
  4. Ramas segenggam daun turi. Setelah itu gosokkan pada bahagian yang luka. Lakukan beberapa kali sehingga kesan luka hilang.
  5. Apabila luka akibat terkena pisau dan mengalami pendarahan yang lama, siramkan sedikit minyak tanah pada luka. Darah akan terhenti dan tidak akan terasa pedih lagi.
Cengkam Kuku Yang Bernanah
Gunting cili di bahagian hujung cili kering. Kemudian salaikan pada api dalam tempoh lebih kurang lima saat, jangan sampai hangus. Selepas itu titiskan minyak perlahan-lahan ke bahagian kuku yang bengkak. Anda akan terasa panas dan sakit sedikit, tetapi hanya sebentar dan akan kembali seperti sediakala.
Sakit Kuning
Hiris nipis-nipis sedikit rebung. Kemudian rebus sehingga mendidih. Amalkan meminum air rebusan tersebut. Ulangi sehingga sembuh.

Hindari Bayi Dari Penyakit Kuning
Kadangkala bayi yang bbaru dilahirkan kelihatan kekuningan. Rebus daun bunga raya dan daun sirih dengan air kelapa. Kemudian mandikan pada bayi.

Kanak -kanak Sesak Nafas
Siang belut seperti ikan dan digoreng tanpa dibuang kulitnya. Berikan pada kanak-kanak yang mengalami sesak nafas.

Sesak Nafas
Campurkan satu biji telur ayam kampung dengan satu sudu kecil serbuk kopi. Parut dua biji bawang merah. Campurkan semua bahan tadi dengan satu liter air, kemudian minum setiap pagi sebelum sarapan.

Berkudis
Cara untuk menyembuhkan anda yang berkudis ialah dengan menumbuk daun inai dan kemudian tempekkan pada luka atau kudis tersebut.

Senang Bersalin
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.

Selesema
  1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.
  2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.
  3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.
  4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali
Bayi Selesema
Sapukan sedikit minyak kelapa pada hidung bayi. Biarkan kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya dari pakar/doktor.
Bengkak Kaki Waktu Hamil
Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam kuali. Masukkan satu gelas air ke dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga bengkak tersebut surut.

Resdung
Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

Suami Ketagih Rokok
Bantu suami berhenti menghisap rokok dengan memberikan tasbih. Setiap kali tangannya gatal untuk menghisap rokok, zikir menjadi gantinya.

Menghapuskan Bulu Roma
Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau kaki yang ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas dengan air bersih.

Gastrik
  1. Parut satu inci kunyit hidup dan perahkan airnya. Kemudian campur dengan tiga sudu madu lebah dan satu biji telur ayam. Amalkan meminumnya dua kali seminggu. Anda akan rasa perbezaannya.
  2. Parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari. Air perahan kunyit itu dicampur dengan kuning telur ayam kampung. Kacau sebati kemudian minum. Ulangi meminumnya beberapa hari dan anda akan terhindar dari sakit pedih ulu hati.
  3. Campurkan buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumnya dua kali sehari.
Batu Karang
Buang kulit sebiji kelapa muda (hijau). Kemudian bakar kulit ini selama 15 minit. Ambil air dan isinya dan bancuhkan dengan tiga biji telur ayam kampung kemudian di minum.
Bengkak-bengkak di Badan
Parut sepotong kunyit hidup, bubuh sedikit kapur sirih dan air. Panaskan di atas api dan biarkan sejuk. Setelah itu sapulah tempat yang bengkak dan gatal itu. Insya-Allah dalam masa 5 minit, ia akan sembuh.

Meredakan Demam Campak yang Menyerang Anak
  1. Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama semangkuk air. Sapukan dari kepala sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi dua hingga tiga kali dalam sehari.
  2. Segera beri minum air kelapa yang muda.
Mengubati Kecacingan
Tumbuk beberapa potong pinang kering. Kemudian rendam dalam air panas. Campurkan dengan air panas. Minum setiap hari sehingga sembuh.
Cacing Kerawit
Kisar lobak merah dengan air masak. Kemudian tapis dan minum setiap hari

Kurang Darah Akibat Kemalangan
Tumbuk dua kerat lempoyang sebesar ibu jari, sedikit kunyit hidup dan sedikit gula merah. Rebus dengan tiga gelas air.

Telinga Dimasuki Serangga
  1. Tutup hidung dan telinga yang tidak dimasuki semut. Hembuskan nafas sekuat-kuatnya sehingga serangga keluar.
  2. Masukkan minyak kelapa pada telinga yang dimasuki semut.
Tercekik Tulang
Kepal-kepalkan nasi, kemudian terus telan. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan seterusnya di hospital.
Menggemukkan Binatang Peliharaan
Campurkan hampas kelapa dengan tahi ikan bilis kemudian berikan pada binatang peliharaan untuk dimakan. Ini akan mengemukkannya.

Melawas Kencing
  1. Kisar dua potong nanas yang kurang masak dengan dua gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari.
  2. Rebus secekak daun pegaga. Tinggalkan sehingga menjadi dua gelas air. Minumlah sekali sehari.
Mengubati Gelgata
  1. Layurkan beberapa helai daun sirih. Sapukan pada bahagian yang ditumbuhi gelgata.
  2. Hancurkan beberapa helai daun kunyit. Kemudian sapukan pada bahagian yang terkena gelgata.
Segarkan Saraf
Rebus daun serai wangi, daun pandan dan daun nangka. Biarkan airnya kering sehingga menjadi satu cawan. Amalkan meminumnya seminggu sekali.
Lelah
  1. Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya. Minum seminggu sekali.
  2. Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.
Sakit Disengat Lebah
Tumbuk asam jawa dengan sedikit air. Tampalkan pada tempat yang disengat lebah. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan lanjut dari doktor.
Berkhatan Cepat Sembuh
Rebus beberapa helai daun jambu batu dalam periuk kecil. Biarkan sehingga mendidih. Campurkan dengan air sejuk dan basuh kemaluan dengan air itu.

Kejang Perut
Tumbuk beberapa helai daun betik. Perah airnya dan minum sekali sehari. Amalkan seminggu dua kali.

Penawar Kencing Manis
  1. Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.
  2. Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.
Petua Mengelakkan Barah
  1. Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
  2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
  3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.
  4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
  5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
  6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
  7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
  8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
  9. Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
  10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.

mata

Sakit Mata
  1. Jika anda mengalami sakit mata, cubalah petua ini, titiskan embun pagi ke mata setiap hari.
  2. Tumbuk daun bunga melati hingga lumat, kemudian tampalkan di sekeliling mata. Insya-Allah sakit mata akan berkurangan.
  3. Masukkan satu sudu besar garam ke dalam besen yang berisi air. Kacau garam hingga hancur. Kemudian pejam dan celikkan mata anda dalam air tersebut.
  4. Rebus sedikit akar bunga raya putih, sejukkan dan titiskan ke mata.
  5. Ambil sedikit susu ibu, kemudian titiskan ke mata setiap hari sehingga mata sembuh.
Gatal Mata
Ramas beberapa helai daun sirih dan rendam dalam air suam selama 10 minit. Tapis air tersebut. Kemudian cuci mata anda sehingga rasa gatalnya berkurangan.

Mata Terkena Cabai
Jika mata anda terkena cabai, jangan panik. Ambil secubit garam kemudian kunyah. Rasa pedih akan beransur kurang.

Mata Ditumbuhi Ketumbit
Gesel dua batang sudu, kemudian sapukan bahagian yang digesel di tempat yang ditumbuhi ketumbit. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

"3+1" Rawatan Mengatasi Penyakit Jantung


Sebagai kesinambungan artikel lepas, tibalah masanya anda mengetahui rawatan mengatasi penyakit jantung. Ada 3 rawatan berkaitan yang bakal anda ketahui hari ini. Tapi kalau anda perasan, terdapat satu petua mengurangkan risiko penyakit jantung yang pernah saya siarkan di SINI. Lihat kat point no.9 yer.


Cara Pertama:


1. Ambil sebutir buah pala dan bersihkannya.


gambar buah pala
Gambar buah pala - Wikipedia

2. Parut buah pala tu dan masukkan ke dalam gelas atau mug.

3. Tambahkan sedikit gula.

4. Tuangkan air panas yang telah mendidih ke dalam gelas atau mug tadi.

5. Kacau kesemua bahan tersebut.

6. Biarkan ia seketika sampai suam-suam kuku dan anda minumlah hingga habis.


Cara Kedua:


1. Dapatkan akar Pokok Beriksa. Atau nama saintifiknya Cassia Nodosa.

Rujuklah gambar di bawah ni. Mana tau kalau anda menjumpai, bolehlah gunakannya nanti.

gambar pokok beriksa
Gambar pokok beriksa - Wikipedia

Dan di bawah ni gambar jarak dekat yang saya jumpa di Flickr milik Maria*_*.

close-up pokok beriksa (Cassia Nodosa)
Close-up pokok beriksa (Cassia Nodosa) - Maria*_*Flickr


2. Bersihkan dan rebuslah akar Pokok Beriksa tadi.

3. Selepas mendidih, biarkan ia seketika.

4. Kemudian, tapis dan tuangkan air rebusan tu ke dalam gelas dan ianya siap untuk diminum. :)


Cara Ketiga:


Cara terakhir ni lebih sesuai buat anda yang mengalami sakit jantung yang agak serius dan tenat. Khasnya disebabkan oleh kepenatan yang teramat sangat selepas melakukan kerja-kerja tertentu.

Jalan penyelesaiannya adalah cuba berikan pesakit itu minum satu sudu gula. Mudah-mudahan jantungnya akan kembali berfungsi.

Namun anda harus ingat, kita hanya mampu berikhtiar sebaik mungkin, okay.


Selamat Mencuba!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/11/31-rawatan-mengatasi-penyakit-jantung.html#ixzz1a5Bhat5J

Petua - Gigi

Sakit Gigi Geraham Bongsu
Untuk penawarnya, amalkan petua ini:-
Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.
Sakit Gigi Berlubang
  1. Cara yang paling cepat emnghilangkannya, tumbuk beberapa kuntum bunga cengkih. Kemudian sumbatkan pada gigi yang berlubang tadi.
  2. Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit.
  3. Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
  4. Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama satu jam.
  5. Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur.Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang berlubang.
Memutihkan Gigi
  1. Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.
  2. Bakar dua biji pinang tua yang kering hingga menjadi arang. Gosokkan pada gigi dan biarkan seketika. Kemudian cuci dengan air.
  3. Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi.
  4. Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.

Panduan Ringkas mengenai :

Menghapuskan Jerawat
Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
  1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
  3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
  4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
  6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
  7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
  8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
Menghilangkan Bintik Hitam
  1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
  2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
  3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
Tegangkan Kulit Muka
  1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
  2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Menghilangkan Parut di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.

  1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
  2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Kulit Muka Lembut dan Cerah
  1. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
  2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
  3. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
  4. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
  5. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
  6. Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
  7. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
Hilangkan Parut Demam Campak
  1. Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
    • Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
    • Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
  2. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
  3. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.
Melicinkan Kulit Muka
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-

  1. Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  2. Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  4. Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
  5. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  6. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  7. Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
Mengekalkan Seri Wajah
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-

  • Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
  • Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
  • Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.
Menghilangkan Panau di Muka
  1. Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
  2. Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.
Alat Solek Tidak Sesuai

  • Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.
  • Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.
Kulit Muka Berminyak
Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Melembabkan Muka
Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.

Cara Bersauna di Rumah Anda

Mandi sauna atau bersauna sememangnya baik untuk kesihatan mental dan fizikal anda. Cuba anda bayangkan ..., dengan hanya bersauna selama 15 minit, ia mampu membakar sebanyak 400 hingga 600 kalori. Bukan itu saja, ia turut membantu menyegarkan badan, melegakan stress, mencantikkan kulit, melancarkan peredaran darah, menyingkirkan toksin serta mencairkan lemak dalam badan anda.

Namun begitu, kos untuk mandi sauna ni agak tinggi bagi sesetengah individu. Lebih-lebih lagi kalau anda melakukannya di pusat-pusat kecantikan. Kalau nak beli set sauna di rumah tu pun harganya hampir mencecah RM500. Malah ada yang lebih mahal dari itu.


Sehubungan itu, jika anda ingin bersauna di rumah dengan kos yang lebih murah daripada itu, cubalah alternatif di bawah ini;


1. Sediakan bahan-bahan asas iaitu 10 batang serai wangi, 10 helai daun kunyit dan juga segenggam bunga melati.

gambar bunga melati
Bunga Melati - Adi Setiawan



2. Rebus kesemua bahan di atas (serai wangi, daun kunyit dan bunga melati) dalam periuk.

3. Selepas mendidih, anda tuangkannya ke dalam baldi.

gambar hiasan untuk baldi


4. Kemudian, selubungkan badan anda dengan kain selimut yang tebal bersama-sama dengan baldi berisi air rebusan tu tadi. Biarkan diri anda dalam keadaan ini selama 15 ke 20 minit.

Kalau anda tak tahan, mula-mula buat dalam 10 minit saja pun dah cukup. Bila dah biasa nanti, buatlah dalam 15 minit yer.

5. Dengan cara ini, wap dari air rebusan tersebut akan membuatkan badan anda berpeluh seperti bersauna dengan cara biasa.


Setelah selesai sessi ini, badan anda akan terasa ringan dan bertambah segar.


Selamat Mencuba!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/06/cara-bersauna-di-rumah-anda.html#ixzz1a55Uz5Rw

7 Cara Bakar Kalori Dalam Badan

Bila berbicara soal kalori, pasti ramai yang akan mengaitkannya dengan masalah berat badan. Sebab itulah sesetengah anda begitu menitikberatkan soal pengambilan kalori. Tapi anda sedar tak sebenarnya terdapat beberapa cara untuk bakar kalori dalam badan?

Maklumlah dalam kesibukan seharian, ada kalanya anda mungkin terambil jumlah kalori yang berlebihan tanpa disedari. Kalau tak dikawal, berat badan anda pasti akan bertambah. Pinggang pun dah tak macam kerengga lagi. Huhu...


Gambar Hiasan - fashion.spshop.biz

Sebagai penyelesaiannya, anda boleh cuba lakukan perkara-perkara berikut untuk membakar kalori berlebihan dalam badan;


1. Cuba kawal nafsu yang mendorong anda untuk makan secara berlebihan. Terutamanya bila berhadapan dengan segala macam hidangan yang boleh menggugat nafsu makan anda.

Huhu... saya tahu memang susah nak buat nih. Takpe ada cara lain lagi kat bawah nie.


2. Mulai hari ini, anda amalkan meminum teh hijau.


Teh Hijau - kanko*@flickr.com

Ini kerana ada satu kajian yang berjaya membuktikan bahawa pengambilan teh hijau dalam diet harian boleh meningkatkan jumlah pembakaran kalori.


3. Makan di tempat yang sesuai. Sebagai contoh terbaik tentulah anda makan di meja makan.

Cuba elakkan makan sambil tengok tv atau berada di depan komputer. Tujuannya supaya anda tak makan secara berlebihan tanpa disedari.


4. Hindari daripada menyimpan makanan sama ada berat atau ringan dalam bilik tidur.

Tabiat ini sebenarnya kurang elok sebab ianya menggalakkan anda makan secara kerap dan berlebihan.

Sebagai alternatif, letakkan makanan di dapur atau di tempat yang sepatutnya. Sekiranya lagi jauh dari bilik tidur anda, itulah yang terbaik.


5. Rajin menggosok gigi dengan ubat gigi yang disukai.

Selepas gosok gigi, cuba gunakan ubat berkumur khas selepas menggosok gigi.


Ubat kumur - net32.com



Amalan ini dikatakan mampu mengekang tabiat suka memakan makanan ringan. :)


6. Lakukan aktiviti berjalan kaki selama 20 hingga 30 minit setiap hari.

Ataupun anda berdiri di tingkap yang boleh ditembusi oleh cahaya matahari. Kaedah ini dikatakan baik sebab pendedahan kepada cahaya matahari boleh membantu pembakaran kalori serta mengawal nafsu makan anda.


7. Akhir sekali, anda luangkanlah masa seketika dengan mendengar jenis muzik yang digemari.

Haha... aktiviti ini dikatakan dapat membantu anda menghilangkan rasa lapar tau. Sebab ada kajian yang dijalankan mendapati individu yang melakukan aktiviti yang boleh menenangkan otak seperti mendengar muzik adalah sama seperti anda sedang menikmati makanan.

Jadi bila berasa lapar, anda cubalah mendengar muzik yang digemari. Mungkin ia dapat menghilangkan rasa lapar anda. :)



Selamat Mencuba!


Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/07/7-cara-bakar-kalori-dalam-badan.html#ixzz1a54x1oq1

Ubat Menurunkan Darah Tinggi


Bagi pesakit darah tinggi, ada satu lagi petua tradisional untuk anda. Petua ni dikatakan boleh menurunkan darah tinggi dengan segera. Sekiranya anda diserang darah tinggi, cuba lakukan dua langkah berikut.


periksa tekanan darah anda
Gambar hiasan - GoldBamboo.com



Langkah 1:

Buat solat hajat 2 rakaat dan mohonlah kepada-Nya tentang hajat anda.


Langkah 2:

a. Ambil beberapa ulas bawang putih dan bersihkannya.

b. Kisar bawang putih tadi untuk dijadikan jus.

c. Kemudian, ambil 6 titik jus tadi dan campurkannya ke dalam segelas air kosong.

d. Minum air tersebut 3 kali sehari.


Sekali lagi, pastikan anda buat langkah-langkah di atas ketika diserang darah tinggi. Mudah-mudahan ia mampu dijadikan sebagai penawar atau ubat darah tinggi anda tu.


Selamat Mencuba!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/06/ubat-menurunkan-darah-tinggi.html#ixzz1a54Wkwnr

Cara Melambatkan Muka Berkedut

Adakah anda ingin mengekalkan keremajaan kulit wajah? Dewasa ini, saya yakin kebanyakan anda akan mengatakan YA. Siapa yang nak nampak tua, kan? Mestilah nak "maintain" awet muda. Sentiasa kelihatan 10 atau 20 tahun lebih muda dari usia sebenar. Tu yang sampai ada yang sanggup berhabis duit cucuk sana cucuk sini. Jangan marah ea.

Satu faktor yang menandakan anda semakin berusia adalah kedutan yang timbul pada wajah. Ataupun wajah berkerut. Terutamanya di bahagian dahi dan di tepi mata. Itu adalah perkara biasa. Tiada apa yang perlu anda risaukan.


Tapi kalau anda tahu serta rajin mengamalkan petua kecantikan tertentu, pasti kulit muka anda kan lebih lambat kedut. Ataupun kalau anda masih muda, ia akan lebih tegang gitu.

Salah satu petua melambatkan muka berkedut yang boleh saya tonjolkan di sini adalah dengan menggunakan minyak sayuran dan kuning telur.

gambar minyak sayuran
Gambar hiasan - current.com

gambar kuning telur



Beberapa langkah yang boleh anda praktikkan adalah:


1. Anda perlu menyediakan topeng muka (masker) buatan sendiri.

2. Ambil sebiji telur dan gunakan bahagian kuning telur saja. Bahagian putih tu anda boleh simpan dulu buat masa ni.

3. Kemudian, titiskan beberapa titik minyak sayuran ke atas kuning telur tadi.

4. Kacau campuran itu hingga sebati. Pastikan campuran tersebut tak terlalu pekat atau cair.

5. Sapukan campuran tersebut ke seluruh wajah anda dan biarkan sehingga ia kering. Lebih kurang dalam 15 ke 20 minit.

6. Kemudian barulah anda cuci muka dengan air bersih.


Anda boleh mengamalkannya 1 atau 2 kali dalam seminggu sebagai permulaan. Kemudian, bila kulit anda dah bertambah baik, boleh jarakkan sikit tempohnya. Contohnya macam anda buat 2 minggu sekali atau sebulan sekali.

Kalau anda nak buat topeng muka tadi dengan menggunakan putih telur pun boleh. Buat selang seli. Sekali guna kuning telur + minyak sayur. Giliran seterusnya anda pakai formula putih telur + minyak sayur. Kedua-dua bahagian telur tu baik untuk kulit. Kalau tak diguna, membazir pula nanti.


Selamat Mencuba!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/06/cara-melambatkan-muka-berkedut.html#ixzz1a540Wh3B

4 Petua Pulihkan Suara Serak (Siri 2)


Demam Piala Dunia dah pun hampir ke kemuncaknya. Perlawanan akhir nanti menemukan 2 pasukan Eropah iaitu Belanda dan Sepanyol. Sejarah baru bakal dicipta. Ya, juara baru Piala Dunia bakal tercatat dalam sejarah. Sebab kedua-dua pasukan belum pernah menjulang piala tersebut.

Menjelang pertemuan bersejarah itu juga, saya pasti para penyokong Sepanyol dan Belanda akan bersorak sakan walau di mana berada. Tak kira tempat. Baik di kedai mamak, dataran, hotel, asrama mahupun di rumah. Pasti gamat dibuatnya.


Sebagai persiapan awal, ada baiknya saya sudahkan dulu petua pulihkan suara serak. Hari tu, saya baru berikan dua daripadanya. Anda boleh rujuk kembali pada entri bertajuk 4 Petua Pulihkan Suara Serak andainya terlepas pandang.


Manalah tau kan, jikalau suara serak ataupun hilang, bolehlah cuba bila perlu nanti. :)



Petua Suara Serak 3


1. Ambil sepotong halia.


Gambar Halia - shine.yahoo.com


2. Kupas halia tadi dan basuh agar ia bersih.

3. Kemudian, anda hiriskannya atau potong kecil dan masukkan dalam segelas air suam.

4. Tambahkan juga sedikit air perahan limau nipis dan gula ke dalamnya.


Amalkan meminum minuman ini setiap hari hingga suara anda pulih seperti biasa.



Petua Suara Serak 4

1. Sediakan segelas air sejuk.

2. Masukkan sedikit asam jawa ke dalamnya. Pssstt... pastikan tangan anda bersih. =)

3. Ramas-ramaskan asam jawa tersebut.

4. Kemudian, tapis dan masukkan air asam jawa tadi ke dalam gelas lain.

5. Dalam gelas yang baru ni, masukkan beberapa ketul gula batu.

6. Kacaukan gula batu tersebut sampai sebati ya.

7. Seterusnya, anda masukkan pula sedikit nasi sejuk yang masih elok dalam gelas yang sama.

8. Kacaukan juga nasi sejuk tadi hingga sebati.

9. Sekarang, embunkan air tersebut di luar rumah anda semalaman.

Ataupun sebagai alternatifnya, anda boleh sejukkan dalam peti sejuk semalaman.

10. Pada keesokan paginya, anda tapis sekali lagi air tersebut dan barulah diminum.

Amalkannya juga sehingga suara anda kembali seperti sediakala.


Mudah-mudahan petua ini membantu anda ya!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/07/4-petua-pulihkan-suara-serak-siri-2.html#ixzz1a53YjUNQ

3 Kegunaan Air Kelapa Dalam Hidup Anda

Pokok kelapa telah diciptakan oleh-Nya dengan pelbagai kegunaan. Setiap inci daripadanya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antara kegunaan biasa ialah digunakan bahan masakan, minuman, mainan kanak-kanak suatu masa dulu, perubatan tradisional dan ada juga yang menjadikan buah kelapa sebagai bantal.


Jadi, di sini saya akan kongsikan 3 kegunaan air kelapa untuk anda iaitu;


1. Mengubati demam campak


Sama ada demam campak ataupun demam yang berlanjutan, anda boleh minum air kelapa muda untuk menurunkan panas badan dan menyembuhkan demam campak.


Caranya;

- Ambil sebiji kelapa muda dan belah untuk mendapatkan airnya.

gambar kelapa muda
Gambar hiasan - AllProduct.com


- Tuangkan air kelapa muda tu dalam ke dalam cawan. Kira-kira dalam setengah cawan pun dah cukup.

- Amalkan meminumnya sehinggalah demam anda tu sembuh.


Namun begitu, anda juga boleh meminum air kelapa muda begitu saje. Tak payah tuang ke dalam cawan. Sesetengah pendapat mengatakan yang cara ni lebih berkesan.

Cuma cara yang pertama tadi tu mungkin sesuai ditujukan untuk kanak-kanak. Sebab kadang-kadang ada di antara mereka yang taknak minum air secara terus dalam buah kelapa tu. Sebagai alternatif, anda tuangkanlah ke dalam cawan. :)



2. Penawar racun


Sekiranya anda atau sesiapa saja yang terminum racun, segera berikan mangsa minum air kelapa muda sebanyak mungkin. Tujuannya supaya keadaan mangsa tidak melarat.

Kemudian, anda bawalah mangsa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.



3. Menambahkan keenakan masakan anda


Satu lagi kegunaan air kelapa ialah sebagai bahan untuk mengenakan masakan anda. Tapi kali ini ialah air kelapa tua.

gambar kelapa tua
Gambar hiasan - Wikimedia


Selalunya, kalau anda beli kelapa kat kedai rucit, mesti pekedai tu belah dan terus buang air kelapa macam tu aje, kan?

Tapi, sebenarnya air kelapa tua ni pun ada kegunaannya tau. Ya, ianya dikatakan mampu menambahkan kelazatan masakan anda.


Caranya begini;


Setiap kali anda memerah kelapa parut tu, perahlah ia dengan menggunakan air kelapa. Khasiatnya ialah masakan anda bukan saja lebih enak malah akan tahan lama. Atau dalam bahasa lain, ia dapat mengelakkan masakan anda daripada cepat basi. :)


Selamat Mencuba!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/06/3-kegunaan-air-kelapa-dalam-hidup-anda.html#ixzz1a539K8nt

Petua Suami Isteri: Setiap Malam Umpama Malam Pertama?

Bagi pasangan yang dah lama disatukan, anda pasti merindui saat indah melayari bahtera malam pertama dulu, kan? Ia mungkin menjadi kenangan paling manis dalam hidup. Kenangan yang tetap segar di ingatan.

Dalam bahagian petua suami isteri kali ini, saya ada sesuatu info untuk dikongsikan dengan anda yang bergelar isteri. Iaitu cara untuk meningkatkan penguasaan isteri ketika mengadakan hubungan intim.

Jika selama ini anda sekadar menurut kemahuan suami, kini tibalah masanya untuk anda mengembalikan kehebatan sebenar. Cuba buktikan pada suami yang anda masih hebat.


Tapi bagaimanakah caranya.... ??


Menurut maklumat yang saya perolehi, si isteri perlu mengamalkan meminum air rebusan puru atau biji manjakani.

Biasanya, anda boleh mendapatkan biji manjakani di kedai-kedai runcit yang dimiliki oleh kaum India.


Biji Manjakani


Cara membuatnya:


1. Ambil beberapa biji manjakani ni dan bersihkannya.

2. Kemudian, rebuskan ia hingga mendidih.

3. Seterusnya, biarkan air rebusan tadi suam dan minumlah secara perlahan-lahan.


Selamat Mencuba!




p.s: Mungkin ada di antara anda yang mencampurkan bahan-bahan lain ke dalam air rebusan manjakani ni seperti mas cotek, daun sirih dan seumpamanya untuk tujuan berlainan.

p.p.s: Jika tak keberatan, anda boleh berkongsi di ruangan komen ya. Terima kasih. :)

petua perut kempis

Memiliki perut yang kempis atau kurang berlemak memang menjadi idaman kebanyakan anda. Sebab ada di antara anda yang dah pun berjaya kempiskan perut setelah mengamalkan petua-petua tertentu. Mesti seronok bila usaha anda tu berhasil, kan?

Tapi, ada gak yang masih belum berjaya mencapai matlamat tersebut. Mungkin anda patut kaji semula mengapa perut anda masih tak kempis-kempis lagi. Mesti ada yang tak kena ni.

Adakah kerana anda tak serasi atau tak mengamalkan sesuatu petua tu secara konsisten? Kalau tak serasi, cuba anda praktikkan pula satu lagi petua kempiskan perut ni.


perut yang kempis



1. Mula-mula, anda bancuhlah segelas air teh tanpa gula. Ya, teh TANPA gula tau.

Teh O Limau tanpa Gula

2. Kemudian, perahkan sebiji limau nipis ke dalam segelas teh tadi.

3. Amalkan meminum air tersebut setiap hari sehinggalah perut anda yang buncit tu kempis.


Selamat Mencuba!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/06/petua-kempiskan-perut.html#ixzz1a517TAk5

Khasiat Pokok Semambu (Margosa/Neem)

Diterjemahkan oleh: Hj Ahmad Ripaai b Mat Noh

Pokok Margosa banyak terdapat di Kawasan Perumahan Bandar Sri Damansara terutama disekitar kawasan Margosa.




Pokok Semambu atau Margosa adalah sebatang pokok hijau berdaun lebat terbahagi kepada helaian-helaian daun dimana setiap daun menyamai daun yang matang. Ia mempunyai bunga putih kecil di hujung ranting dan buah berukuran 1.2 to 1.8 cm panjang berwarna hijau atau kuning dan setiap satunya berbiji. Pokok ini boleh membesar sehingga 10 ke 10.5 meter tinggi dengan lilitan berukuran lebih kurang 2 hingga 3 meters. Batangnya adalah bertonik pahit dan berangsangan. Kulit akar mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kulit batang.

Bijinya mempunyai minyak kegunaan yang agak banyak dikenali sebagai Minyak Margosa atau Neem. Elemen yang pahit yang diasingkan dari minyaknya dinamakan 'nimbin', 'nimbinin' dan 'ninbidin'. Elemen aktif utama yang diasingkan iaitu 'nimbidin' mengandungi sulfur. Bunganya menghasilkan glukosid, nimbosterin dan minyak kegunaan yang berbau sangat menusuk hidung, nimbosterol nimbecetin dan asid fatty. Bunganya juga mengandungi bahan  yang pahit dan minyak pahit perengsa. Buahnyanya juga mengandungi bahan yang pahit, baka yanin dan batan utama menghasilkan nimbin, nimbinin, nimbidin dan minyak kegunaan.

Nama Botani: Azadirachta indica
Nama India: Neem

Faedah Kesihatan Margosa.

Dibawah adalah sebahagian daripada ciri-ciri pengubatan Margosa:

* Pokok Margosa dianggap sebagai pembersih udara dan mencegah dari penyakit demam Malaria dan kolera. Infusi atau air rebusan daun segarnya adalah merupakan tonik sayuran pahit dan alternatif terutama bagi mengubati demam malaria yang kronik disebabkan tindak balas nya keatas hati. Ianya hendaklah diambil dengan kadar 15 ke 60 grams.

* Daun Margosa digunakan atau disapu dibahagian luaran sangat berkesan kepada penyakit kulit terutamanya bisul, ulser kronik, letusan cacar (smallpox), kudis sifilis, bengkak kelenjar dan luka. Ianya boleh digunakan secara tuam, rebusan atau sapuan.

* Menggunakan 3 grams kulit kayu bahagian dalam Margosa dengan 6 grams gula kelapa atau kabung setiap pagi sangat berkesan untuk mengubati penyakit buasir. Untuk mengatasi buasir berdarah, 3 atau 4 biji buah Margosa boleh dicampur dengan air dan diminum

* Salap (oinmen) yang disediakan dari daun Margosa sangat berguna untuk mengubati ulser dan luka. Salap ini disediakan dengan menggoreng 50 grams daun Margosa bersama dengan 50 grams minyak sapi dan melenyek campuran tersebut dengan baik sehingga salap diperolehi dengan serata. Pes yang disediakan dari kulit kayu nya dengan menggosoknya didalam air juga boleh digunakan untuk menggubati luka.

* Air dari pokok Margosa telah didapati berguna untuk mengubati penyakit kusta  apabila diambil dengan kadar 60 gram setiap hari. Sekaligus badan pesakit di urut dengan air dari pokok ini. Cara ini diteruskan untuk selama 40 hari. Jika air dari pokok Margosa ini tidak boleh didapati, 12 gram daunnya dan 3 decigram lada hitam ditumbuk bersama dengan air dan dimakan.

* Membasuh rambut dengan air rebusan daun Margosa dapat menghalang rambut dari gugur atau hilang. Ianya bukan sahaja dapat mengelakkan rambut dari gugur malah ianya membantu penumbuhan rambut. Penggunaan minyak neem/margosa juga dapat menghapuskan serangga/kutu dikepala.

* Neem juga berguna pada penyakit mata. Menitiskan jus daun neem/margosa ke mata setiap malam sangat berkesan untuk mengubati penyakit buta waktu malam.
Daun nya hendaklah ditumbuk sehinggal halus dan dicampurkan dengan air. Jus tersebut dikeluarkan dengan memerah nya melalui kain yang bersih and dititiskan kedalam mata dengan menggunakan rod penitis mata.

* Jus yang dikeluarkan dengan menggosok beberapa helai daunnya dengan sedikit air dan diperah dengan kain yang bersih sangat berguna untuk mengubati sakit pada mata akibat konjunktivitis. Ianya disuamkan dan dititiskan beberapa titis kedalam telinga bertentangan dengan mata yang sakit untuk melegakan kesakitan. Mata akan menjadi baik setelah diulangi beberapa kali.

* Membersih gigi selalu dengan ranting neem/margosa dapat mengelakkan dari penyakit gusi. Ia mengukuhkan gigi yang longgar, melegakan sakit gigi, menghilangkan bau busuk dan melindungi mulut dari pelbagai jangkitan.

* Margosa sangat berguna semasa bersalin. Penggunaan jus daun neem/margosa kepada wanita yang hendak bersalin sebelum kelahiran dapat mengwujudkan kontraksi normal pada rahim dan dapat menggelakkan kemungkinan keradangan. Ia juga membetulkan pergerakkan perut dan mengawal demam dan dengan itu membantu bersalin secara normal. Menggunakan air suam rebusan daun margosa
untuk membasuh faraj dapat menyembuhkan luka akibat dari bersalin dan menggelakkan jangkitan dalam lorong faraj.

* Margosa juga adalah pemusnah serangga yang kuat untuk membunuh nematod tanah dan parasit tumbuh-tumbuhan yang lain.

* Fomentasi wap hasil dari rebusan daun Margosa dapat memberikan kelegaan bagi kes-kes sakit telinga. Beberapa helaian daun margosa hendaklah direbus dekatkan teliga kepada wap yang keluar dari rebusan tersebut. Jus daun margosa dicampur dengan sama banyak kuantiti madu lebah amat berkesan untuk mengubati bisul didalam telinga. Jus tersebut disuamkan dahulu dan kemudian dititiskan beberapa titisan kedalam telinga. Diulangi beberapa hari akan melegakan sakit akibat bisul tersebut.

Bagi kes dimana serangga memasukki telinga, jus daun margosa dengan sedikit garam biasa disuamkan dan dititiskan kedalam telinga dapat membunuh serangga tersebut. Dua titisan suamkuku minyak neem/margosa kedalam telinga dua kali sehari boleh memulihkan pekak.

Wallahu a'lam.

Dipetik dari : Home Remedy Guide