berfikir ku sejenak...setiap manusia perlu berfikir walaupon sekejap,,,kerja untuk menjadi manusia yang berilmu dan beramal perlu berfikir sebelum melakukan satu tindakan.... so... mari lah kita semua amalkan berfikir sejenak sebelom bertindak... renung2kan DAN selamat berfikir...
Wednesday, 5 October 2011
AKIDAH
1. IMAN MUTIARA HIDUP
| 1. Maksud iman i. Bahasa : ¨ Mengiktiraf, mengakui dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya ii. Istilah : ¨ Membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota 2. Mejelas bagaimana iman boleh bertambah dan berkurang i. Iman berkait rapat dengan amalan seseorang ii. Banyaknya amalan kebaikan, menunjukkan iman individu tersebut kian meningkat. Begitu juga sebaliknya iii. Iman seseorang boleh bertambah dengan melakukan ibadat dan ketaatan serta meningkatkan ilmu. Iman boleh berkurang apabila seseorang melakukan maksiat. 3. Menghurai ciri-ciri orang yang mempunyai iman yang kuat i. Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan rasulnya ii. Banyak melakukan ibadat sunat disamping ibadat-ibadat wajib iii. Melazimi zikir kepada Allah dan selalu berfikir tentang kebesaran Allah | |
| 4. Maksud kemanisan iman i. Berasa gembira dalam melakukan ibadat, sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredhaan Allah dan rasulnya serta mengutamakan Allah dan rasulnya lebih daripada harta benda dunia 5. Merumus ciri-ciri orang yang mendapat kemanisan iman i. Cinta kepada Allah dan rasulnya lebih daripada segalanya ii. Mengasihi sesama manusia kerana Allah iii. Benci kepada kekufuran sebagaimana benci jika dicampakkan kedalam api neraka | |
Tuesday, 4 October 2011
Sujudlah Merendah Diri Kepada Allah
Solat merupakan perintah yang sampaikan oleh Allah secara terus kepada Nabi Muhammad SAW berbanding dengan perintah yang lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain.
Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat
DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)."
Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.
Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya.
Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
وَإِذْ قُلْنَا ادْخُلُواْ هَـذِهِ الْقَرْيَةَ فَكُلُواْ مِنْهَا حَيْثُ شِئْتُمْ رَغَداً وَادْخُلُواْ الْبَابَ سُجَّداً وَقُولُواْ حِطَّةٌ نَّغْفِرْ لَكُمْ خَطَايَاكُمْ وَسَنَزِيدُ الْمُحْسِنِينَ
Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri) dan (mintalah ampun dengan) berkata: Ya Allah ampunilah dosa kami; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 58)

Download Wallpaper Dengan Pelbagai Saiz
Muat Naik (Upload) Wallpaper ini di Facebook dan Tag kawan-kawan anda untuk kongsi Nasihat serta Pahala, InsyaAllah.
Sulam Hati Dengan Iman & Taqwa
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah SWT Dia akan diadakan baginya jalan keluar dan (Allah SWT) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya " Al Talaq: 2-3
Secara ringkas Takwa ialah mentaati perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNYA. Takwa merupakan kekuatan dalaman yang hebat lagi unik. Ledakannya mampu mengukir sejarah baru di dunia.
Justeru, bersihkan iman kita daripada syirik dengan menjauhi tangkal, khurafat, tahayul dan bomoh-bomoh sesat. Pastikan kita melakukan ibadah wajib dan menjauhi sebarang maksiat. Berkawanlah dengan kawan-kawan soleh supaya kita tidak terbabas.
وَءَامِنُواْ بِمَآ أَنزَلۡتُ مُصَدِّقً۬ا لِّمَا مَعَكُمۡ وَلَا تَكُونُوٓاْ أَوَّلَ كَافِرِۭ بِهِۦۖ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬ وَإِيَّـٰىَ فَٱتَّقُونِ
Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertakwa.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 41)

Muat Naik (Upload) E-Kad ini di Facebook dan Tag kawan-kawan anda untuk kongsi Nasihat serta Pahala, InsyaAllah. (Klik Sini Untuk Download E-Kad)
Atau Copy Code di bawah untuk Blog, Wordpress, Friendster, Tagged dan lain-lain
Cahaya Indah
Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah setan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 257)
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Qur'an) (Surah An-Nisa' 4: Ayat 174)
Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. (Surah Al-Maidah 5: Ayat 15)
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. (Surah Al-Maidah 5: Ayat 16)
إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَٮٰةَ فِيہَا هُدً۬ى وَنُورٌ۬ۚ يَحۡكُمُ بِہَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّـٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَڪَانُواْ عَلَيۡهِ شُہَدَآءَۚ فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬ۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.
(Surah Al-Maidah 5: Ayat 44)

Download Facebook Profile Picture ini dan Upload Di Facebook Anda (Klik di sini untuk download) (1) 'Save As' dan upload (2) di gambar profil Facebook anda.
Tak Perlu Takut
"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya." [Surah al-Araf 7: Ayat 42]
Sesungguhnya Allah tidak akan menguji manusia dengan apa yang mereka tidak mampu. Jadi setiap cabaran dan ujian yang diberi oleh Allah s.w.t itu adalah mengikut kemampuan setiap manusia itu. Mungkin kita melihat Pengajian Perubatan itu susah, dan Sains Kemanusiaan itu senang sebagai contoh.
Bagaimana pula jika kita meletakkan pelajar perubatan untuk mempelajari Sains Kemanusiaan. Saya kira barangkali, mereka juga tidak dapat memahami sepenuhnya. Kita merasakan Pengajian Perubatan itu susah, tetapi mungkin bagi mereka tidak. Allah sudah menyusun sebaik-baik rancangan untuk setiap dari kita. Kita haruslah sentiasa positif dengan setiap dugaan dan cabaran dalam kehidupan ini, kerana sekali kita beralasan, kita akan beralasan selamanya.
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun! (Sah sehingga 30 Jun 2011)
ذَٲلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ لَمۡ يَكُ مُغَيِّرً۬ا نِّعۡمَةً أَنۡعَمَهَا عَلَىٰ قَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡۙ وَأَنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ۬
(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[Surah al-Anfal 8: Ayat 53]
(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[Surah al-Anfal 8: Ayat 53]
Download Wallpaper Dengan Pelbagai Saiz
Muat Naik (Upload) Wallpaper ini di Facebook dan Tag kawan-kawan anda untuk kongsi Nasihat serta Pahala, Insya-Allah.
Monday, 3 October 2011
promosi HEBAT...
mari...mari... cuti-cuti sekolah...cuti-cuti MALAYSIA,,,
ingin keluar negara dengan harga yang MURAH..MENARIK...& HEBAT..
hubungilah saya : 0137413954 @
email saya : fiqah_nas@ymail.com / syafiqah@starvisiontrvl.com
pakej yg di sediakan :
pakej pertama : 3D2N FREE EASY (room abf & airport transfer)
pakej kedua : 3D2N PACKAGES (room abf , airport transfer & 1HD tour)
pakej ketiga : 3D2N HALF BOARD ( room abf , airport transfer + 1FD tour)
pakej keempat : 4D3N HALF BOARD ( room abf , airport transfer + 2FD tour)
pakej kelima : 4D3N FULL BOARD ( room abf , airport transfer + 2 FD tour +
3dinner )
pakej keenam : 5D4N FULL BOARD ( room abf , airport transfer + 2FD + 1HD tour
+ 4 dinner)

Subscribe to:
Comments (Atom)