Friday 19 August 2011

Ada apa dengan 'ZUHUD'??


Rasulullah s.a.w. bersabda : Zahidlah kamu di dunia nescaya ALlah mencintai kamu, dan zahidlah kamu apa yang ada pada tangan manusia, nescaya kamu dicintai oleh manusia.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

Apabila Allah menghendaki seseorang itu baik maka dizahidkannya hidup di dunia dan mengemarkannya kepada akhirat dan mempcrlihatkan kekurangun dirinya.

Apa sebenarnya erti Zahid atau Zuhud??

 Srikandi percaya , pembaca semua mesti pernah dengar perkataan atau istilah ini..Sifat Zuhud adalah antara sifat yang baik perlu ada dalam diri setiap muslim..namun, sering saja kita tersalah tafsir erti sebenar zuhud..Srikandi kerap mendengar perkataan ini dari mulut mujahidnya..kadang-kadang dalam nada bergurau, mujahid sempat lagi menyelitkan mesej, supaya isterinya itu sentiasa bersikap zuhud dan qanaah dalam rumah tangga mereka..

Tapi, srikandi juga agak keliru apa sebenarnya erti zuhud sehinggalah dia menemui sebuah buku yang sangat bagus mengupas tentang sifat zuhud ini..jom, kita kongsikan bersama..moga-moga ada manfaatnya buat semua pembaca...

apa yang perlu kita ketahui tentang ZUHUD ialah:

Zuhud ertinya tidak merasakan kekayaan dan harta ini kita punya.

Zuhud ertinya merasakan harta dan kekayaan itu kepunyaan Allah yang perlu diagihkan kepada yang berhak. 

Zuhud ertinya mempunyai kekayaan di tangan tapi tidak di hati.

Orang yang zuhud ialah 
orang yang telah memiskin dirinya hingga mudah baginya menggunakan kekayaannya untuk masyarakat dan golongan yang memerlukan.

“Apa yang ada padamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal (abadi).” (al-Nahl: 96)


Allah berfirman bermaksud:
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi ini. Sesungguhnya Allah tidak suka pada mereka yang melakukan kerosakan di muka bumi ini.” (Surah al-Qasas, ayat 77)

Zuhud bukan menghindar kenikmatan duniawi tetapi tidak meletakkan nilai yang tinggi padanya. Dan inilah definisi zuhud daripada Rasulullah s.a.w.

Bukanlah zuhud itu mengharamkan yang halal, bukan pula mensia-siakan harta, tetapi zuhud dalam dunia ialah kita tidak memandang apa yang ada di tangan itu lebih utama daripada apa yang ada di sisi Allah. Kekayaan, kekuasaan da kemasyuran semuanya berubah, tidak tetap dan akhirnya kita harus ditinggalkan.

Lalu apa yang ada di sisi Allah?
Rahmat-Nya yang meliputi segala sesuatu. 



Menurut Prof. Dr. Hamka, 

Zuhud bukanlah menolak kekayaan..kerana kekayaan hakiki ialah mencukupkan apa yang ada, sudi menerima walaupun banyak, sebab ia nikmat Allah. Dan tidak pula kecewa jika jumlahnya berkurang, sebab ia semua daripada Allah. 

Jika kekayaan melimpah untuk diri, ia perlu digunakan untuk membantu dalam perkara kebajikan dan membina keteguhan hati beribadah kepada Allah.

Harta tidak dicintai kerana dia harta. Harta hanya dicintai sebab ia adalah pemberian Allah. 

Terlampau menumpahkan cinta kepada harta benda semata-mata, menyebabkan buta daripada pertimbangan, sehingga hilang cinta kepada bangsa, tanah air, agama dan Allah sendiri. 


Alangkah indahnya jika kita dapat menanamkan sifat zuhud ini dalam DIRI, KELUARGA dan MASYARAKAT..
Jika zuhud dipupuk dalam diri, maka akan terbentuklah individu itu , menjadi seorang yang sangat pemurah dengan hartanya..sentiasa merasa cukup atas segala nikmat dan rezeki dari ALLAH..qanaah dalam urusan hidupnya..dan tidak menjadikan matlamat hidupnya semata-mata kerana memburu harta kekayaan tapi akhirat yang lebih utama..

Lebih elok lagi jika dalam keluarga, sifat zuhud dijadikan amalan. Suami isteri , dan anak-anak di ajar agar mengamalkan sikap zuhud..sentiasa bersyukur dengan harta yang sedikit dan lebih bersyukur lagi jika dikurniakan harta yang melimpah ruah..sedekah dan amal jariah menjadi amalan dalam rumah tangga..bersederhana dalam rumah tangga..dan sentiasa mengutamakan 'keperluan' dari 'kehendak' setiap kali berbelanja untuk rumah tangga..

Sungguh mulia lagi jika masyarakat dalam sesebuah negara itu yang di ajar dan di asuh agar sentiasa bersikap zuhud dengan harta..semakin ramailah lahir para dermawan..zakat buat si miskin akan bertambah banyak dan boleh mengurangkan kadar kemiskinan..tiada lagi rasa dengki si miskin pada yang kaya kerana harta pemberian ALLAH sentiasa di agih-agihkan..

BAHAGIANYA jika ini semua benar-benar berlaku..insyaALLAH..
NAMUN.. sebagai individu yang mengaku muslim dan mukmin, marilah kita mulakan langkah pertama dari diri kita sendiri..

Jom kita pupuk sifat zuhud ini dalam diri..sentiasa siram dan suburkannya agar zuhud menjadi pakaian diri..dan beroleh harta yang berkat dan kehidupan yang bahagia..bukan sahaja di dunia..bahkan di negeri yang kekal abadi, di akhirat sana..

Tapi macamana nak jadi seorang yang zuhud ni ye???

Imam Al-Ghazali memberikan tiga tips.  

Pertama, memaksa diri untuk mengendalikan hawa nafsunya. 

Kedua, sukarela meninggalkan pesona dunia karena dipandang kurang penting. 

Ketiga, tidak merasakan zuhud sebagai beban, karena dunia dipandang bukan apa-apa bagi dirinya
.
Sementara itu, Ibrahim bin Adham pernah ditanya seorang lelaki, 

“Bagaimana cara engkau mencapai derajat orang zuhud?” Ibrahim menjawab,”
Dengan tiga hal, 

Pertama, aku melihat kuburan itu sunyi dan menakutkan, sedang aku tidak menemukan orang yang dapat menentramkan hatiku di sana.
Kedua, aku melihat perjalanan hidup menuju akhirat itu amat jauh, sedang aku tidak memiliki cukup bekal.  

Ketiga, aku melihat Rabb Yang Maha Kuasa menetapkan satu keputusan atasku, sedang aku tidak punya alasan untuk menolak keputusan itu.” (Abu Ishak Ibrahim bin Adham Al Balkhi)

No comments:

Post a Comment