Friday 19 August 2011

Jom meriahkan Pesta IBADAH...!!


 
          Hari ini sudah masuk hari ke-20 kita berpuasa...Alhamdulillah, Srikandi dan Mujahid diberi kesempatan oleh Allah bersama-sama keluarga tercinta di Bangi dan Temerloh pada awal puasa..gembira dan meriah dapat memasak bersama-sama ibu mertua dan berbuka puasa beramai-ramai..mengeratkan ukhwah dan kemesraan dalam keluarga kami..Ada satu kisah yang ingin srikandi kongsikan sepanjang 5 hari di bulan Mulia ini...

         Bila tiba Ramadhan, pastinya meriah bazar ramadhan di mana-mana, tumbuh bagai cendawan..tak kurang juga hebatnya bazar ramadhan di bawah apartment kami..pukul 3 lagi sudah riuh rendah kedengaran..meriah sungguh pesta makanan di bazar ramadhan..manusia berasak-asak mengerumun makanan yang di jual..Mudah-mudahan masjid juga turut di meriahkan dengan pesta Ibadah..

        Hari pertama bertarawih, Srikandi dan Mujahid memilih Masjid yang hanya sekangkang kera dari rumah kami..sesampainya kami di masjid, azan Isyak baru berkumandang..Namun semangat bersolat tarawih hari pertama cukup membanggakan..penuh sudah saff wanita di bahagian bawah..Srikandi pun bergegas naik ke atas ke tempat solat wanita yang lebih luas..srikandi bersegera ke bahagian depan untuk mendapat tempat di saff pertama..Alhamdulillah, ada ruang yang telah disediakan Allah untuk srikandi..tidak ramai ahli jemaah lain yang berebut-rebut mendapatkan tempat di hadapan, sebaliknya ramai yang membentangkan sejadah mereka di belakang, di tempat-tempat yang dirasakan selesa buat mereka..

Setelah selesai solat sunat, kelihatan tidak ada tanda-tanda mereka yang di belakang mahu naik memenuhkan saff..makcik di sebelah srikandi mula merungut sendirian.." Kenapalah tak nak penuhkan saff..masing-masing nak duduk bawah kipas..nanti bila imam dah angkat takbir baru sibuk nak naik ke depan..masing-masing pentingkan diri, tolak orang lain dulu ke depan.."

Mungkin ramai yang tidak mengetahui hadis Nabi tentang kelebihan saff pertama ini..jika tidak pastinya mereka juga akan berebut-rebut mendapatkan fadilat di doakan dan di selawatkan oleh para malaikat..

“Sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya berselawat kepada mereka yang duduk di saf pertama.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Memang betul apa yang diperkatakan makcik di sebelah srikandi..bila tiba imam mengangkat takbir, masing-masing menolak orang lain ke depan..hanya saff pertama yang penuh dan rapat..saff kedua sudah lompang-lompang..ada pula yang bersolat sekelompok di tepi dengan anak-anaknya..yang pasti, saff muslimat yang bersolat di bahagian atas masjid memang tidak bersambung dan terputus-putus..sehinggalah habis solat tarawih..masing-masing masih pentingkan diri, tidak mahu merapatkan saff walaupun sudah ada beberapa orang yang cuba menegur..sedih srikandi melihat keadaan itu..kenapa mereka tidak mahu mendengar hadis Nabi s.aw. yang bermaksud,

“Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Elokkanlah kedudukan saf ketika solat.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)


Dalam hadis yang lain juga sudah jelas Nabi SAW bersabda tentang kepentingan meluruskan saff di dalam solat..

Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Hendaklah kamu luruskan saf, maka sesungguhnya buatlah saf seumpama saf para Malaikat, samakan di antara tumit-tumit kamu dan penuhi ruang-ruang kosong, lemah lembut dengan tangan saudara kamu, jangan biarkan ruang-ruang kosong untuk dipenuhi oleh syaitan, siapa yang menyambung (merapatkan) saf, maka Allah akan menyambungkannya, dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat Ahmad, an-Nasaie, Abu Daud dan Hakim)

Bukan setakat sunnah Nabi menyuruh kita merapatkan saff dalam solat, malah kajian saintifik juga membuktikan kepentingan dan kelebihan merapatkan bahu antara satu sama lain ketika solat.

Semasa solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita, akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.. 

        Begitu indah hikmah di sebalik solat berjemaah itu telah ALLAH sediakan buat manusia..namun malang lah jika kita tidak mengikut tatacara berjemaah yang betul sehingga segala kebaikannya tidak diperolehi..Selain dari itu, perumpamaan saff yanga rapat dan lurus itu seperti kesatuan kita umat islam..bukan berpecah belah..namun itulah yang terjadi kini..nak merapatkan dan meluruskan saff dalam jemaahamatlah payah..semuanya sudah dipandang ringan oleh segelintir masyarakat..

      Bercakap pasal pesta ibadah, Srikandi teringat kenangan ketika masih bergelar pelajar..seronok dan meriahnya bulan puasa ketika itu..lebih-lebih lagi bila bulan puasa jatuh ketika musim exam..masjid Uia sungguh meriah dengan ramai pelajar yang beriktikaf di masjid..sepanjang malam meriah dengan tahajjud...berbuka puasa free dan makanan sahur juga di sediakan, jadi memang seronoklah tidur ramai-ramai di masjid, tadarus,bangun qiam dan study bersama-sama=) memang terasa manisnya beribadah dan bersemangat bila kawan-kawan juga bersama-sama kita memeriahkan pesta ibadah di bulan Ramadhan..ahh...rindunya suasana itu...

      Alhamdulillah..Sekarang, srikandi dah ada mujahid di sisi..rupa-rupanya lebih seronok beribadah bersama suami tercinta yang boleh mengimamkan kita..dan kita boleh mengaminkan doanya..bertadarus dan qiam bersama-sama..betapa pentingnya peranan suami sebagai ketua rumahtangga untuk memimpin tangan si isteri bersama-sama menjadi abid yang sentiasa mendekatkan diri dengan Rabbnya..

Moga Ramadhan kali ini membawa seribu satu rahmat dan berkat dalam kehidupan rumahtangga srikandi dan mujahid..

Jom kita sama-sama meriahkan pesta ibadah kali ini=)

" Ya ALLAH, terimalah ibadah kami ini dan golongkan kami di kalangan org2 yang beriman dan beramal soleh..aminn"

 

No comments:

Post a Comment