Thursday 25 August 2011

Anda Berhak Hebat -Kerana Dirimu Begitu Berharga


Satu petikan yang diperolehi mengenai buku "Anda berhak hebat".
Anda Berhak Hebat
Saya terkesan membaca buku tulisan Haji Md.Taib Mat yang bertajuk ”Anda Berhak Hebat!”. Dengan slogan ’kejayaan ini hak anda, anda berhak memutuskannya’ membuatkan saya benar-benar teruja. Waduh! Saya hampir terperangah: selama ini saya juga seringkali keliru menterjemah ruang hidup.
Sememangnya manusia sering terpukau dengan kenikmatan hidup dengan mengabaikan beberapa anugerahNya. Terkadang manusia dibuai rasa yang menyebabkan diri hanyut ditelan arus kehidupan yang mencabar keimanan. Adakalanya manusia tewas mendepani kemelut dan ujian yang datang tanpa diduga.
Namun, walau apapun situasi yang anda hadapi, anda sebenarnya ”hebat!”. hebat kerana diberi nikmat, hebat kerana diberi cabaran, hebat kerana diberi kecekalan, dan hebat kerana diberi keinsafan. Justeru serlahkan kehebatan anda dengan tanjakan syukur padaNya tanpa berbelah bahagi.
Tambahan pula, Al-Quran mensyariatkan dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud :
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya!
Sesungguhnya anda berhak hebat. Your happiness is in your hands. Selamat menempuh gelombang hidup dengan ketakwaan!

No comments:

Post a Comment