Friday 19 August 2011

Bila tudung dipakai kerana fesyen..


“(Ini adalah) satu surah yang Kami turunkan dan Kami fardukan (menjalankan hukum yang ada dalam)nya, dan Kami turunkan dalamnya ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.” 
(Surah an-Nur, ayat 1)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka...” 
(Surah an-Nur, ayat 31).

Marilah kita renungkan bersama surah an-Nur ini yang terkandung di dalamnya peringatan dan pesanan KHAS yang ditujukan ALLAH kepada kaum hawa yang mukmin terutamanya..ayat yang mewajibkan wanita beriman menutup auratnya..melabuhkan tudungnya hingga ke dada dan tidak berhias berlebihan (bertabarruj)..

Akhir-akhir ini, pelbagai jenis fesyen tudung ada di pasaran..pelbagai jenis, rupa dan bentuk..positifnya, semakin ramai yang memilih untuk memakai tudung kerana si pemakai tudung juga masih boleh tampil anggun dan menawan..

Negatifnya, semakin ramai yang memakai tudung bukan kerana Allah semata-semata..bukan kerana ingin menjaga auratnya dan takutkan azab Allah..tapi hanya kerana mengikut 'trend' atau fesyen berpakaian masa kini..

Aurat ditutup tidak sempurna dan tujuan bertudung hanya ingin nampak cantik dan anggun di mata orang lain terutamanya lelaki....'pandangan manusia' lebih diutamakan daripada 'pandangan ALLAH'..terlalu takut dipandang tidak cantik oleh manusia, sedangkan tidak merasa gerun jika ALLAH melaknat apa yang kita pakai..nauzubillahi min zalik..

Mari kita lihat, adakah kita tergolongan dalam gambar di bawah..nampak semuanya bertudung..namun, betulkah seluruh aurat mereka telah tutup bertepatan dengan suruhan Allah dalam surah an-nur??
   


Ciri-ciri tudung kepala yang dituntut oleh syara‘ itu adalah seperti berikut:

1. Tudung itu menutupi seluruh kepala termasuk leher, kecuali kawasan muka. Bukanlah cara bertudung yang betul menurut syara‘ jika masih menampakkan rambut, leher, tengkuk, telinga, bahagian dada dan seumpamanya. 

Firman Allah :
Tafsirnya: “Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;….”
(Surah an-Nur: 31)

Belahan baju itu letaknya di kawasan dada. Oleh yang demikian, tudung kepala itu hendaklah juga menutup atau menyembunyikan bahagian dada.Dalam ertikata lain, tudung tersebut mestilah labuh menutup bahagian dada dan menyembunyikan 'bentuk' dada tersebut.Bukan sekadar labuh tapi menampakkan bentuk dada

2. Tudung itu diperbuat daripada kain atau bahan yang tebal yang menutupi warna kulit dan rambut dari kelihatan. Bukan tudung yang jarang, nipis atau berlubang-lubang sehingga boleh menampakkan warna kulit atau anggota aurat yang lain.


Bolehkah kita menutup aurat dengan sempurna seperti ini?



Larangan Bertabarruj (berhias berlebihan)

Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,

Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60]

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah 

Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33] 

Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan, 

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” 

Abul A’la al Maududi berkata: 
“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya); 

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. 

Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak

"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].

“Barangsiapa yang memakai pakaian yang megah ketika di dunia, maka Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan pada hari Qiamat, kemudian dinyalakan api di dalamnya (pakaian tersebut)."
(Hadits riwayat Ibnu Majah)





Jom kita check beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini.. Suruhan ALLAH vs. Ikutan Fesyen

Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan

 

Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..

Dari Ummu Ja’far bintu Muhammad bin Ja’far, bahawa Fathimah binti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam pernah berkata:

“Wahai Asma’, sesungguhnya aku memandang buruk seorang wanita yang mengenakan pakaian tetapi masih menggambarkan bentuk tubuhnya.” (Atsar Riwayat abu Nu’aim, al-Hilyah, 2/43. al-Baihaqi, 6/34-35)


 

 Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta

 

Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat

Pelbagai jenis gaya dan fesyen


Jelas menampakkan leher dan telinga seperti pakaian wanita jahiliyyah
“Dan hendaklah mereka menutupkan (memanjangkan) kain tudung (khimar) ke dadanya,” 

Maksudnya, kain tudung yang memanjang melebihi dada sehingga dapat menutupi dada dan tulang dada. Hukum ini adalah supaya wanita mukmin memiliki perbezaan yang jelas berbanding dengan wanita-wanita jahiliyyah, kerana wanita-wanita jahiliyyah tidak pernah melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah tersebut. Menjadi kebiasaan mereka lalu di hadapan para lelaki dengan menampakkan dada tanpa ditutupi. Malah, mereka juga menampakkan leher, jambul rambut, dan anting-anting telinga mereka.

 Pakaian dan tudung menyerupai rahib kristian


 



Berpakaianlah seperti wanita muslimah yang sebenarnya dan tunjukkan kecantikan pakaian yang menutup aurat yang betul itu di sisi islam..



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”
Inilah jawapan Rasulullah ketika ditanya anaknya fatimah, siapakah wanita malang yang dilihatnya dalam neraka ketika di isra'kan.. antaranya ialah:
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya' (riwayat muslim)
Kesedaran tentang tanggungjawab menutup aurat perlu bermula dari individu itu sendiri. Untuk menyuntik kesedaran ini, perlu ada kefahaman tentang maksud sebenar-benarnya menutup aurat. 

Apabila kaum wanita memahami maksud sebenarnya menutup aurat sebagai satu bentuk ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan juga satu nikmat yang wajib disyukuri dan dipelihara, mereka tidak akan bersikap mencuai-cuaikan dan menangguh-nangguhkan kewajipan ini atau memilih-milih waktu dan tempat untuk melaksanakannya. Sebaliknya mereka akan istiqamah dan bersungguh-sungguh melaksanakannya dengan memenuhi ciri-ciri pakaian sebagaimana yang dituntut oleh syara‘.

Ibu-bapa, suami dan keluarga mesti turut berperanan malahan bertanggungjawab untuk mendidik, membimbing dan menasihati anak, isteri, ibu dan anggota keluarga yang lain supaya sentiasa melaksanakannya. 

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)

 Atas sebab rasa cinta dan kasih srikandi kepada sahabat-sahabat dan saudara mara muslimah semua, srikandi terpanggil untuk menulis tentang aurat ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini..kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah..

Marilah kita mulakan hari ini untuk berubah ke arah yang lebih baik..jadilah muslimah yang menutup auratnya kerana takutkan ALLAH..bukan kerana ikutan fesyen semat-mata...UTAMAKAN PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA..


"Ya ALLAH, peliharalah iman kami..selamatkanlah diri,keluarga,saudara-mara dan jiran tetangga kami dari azab siksamu..peliharalah kami dari menzalimi diri kami sendiri..buka kanlah pintu hidayah buat kami..agar menjadi hambaMU yang taat melakukan suruhanmu dan meninggalkan laranganMU.." 

"Bantu kami ya ALLAH,kurniakanlah kami keimanan dan ketaqwaan yang tinggi agar menjadi wanita solehah yang sentiasa menjaga aurat kami sebaik mungkin.." 

Amin..YA RABB..

PERINGATAN BUAT DIRI SRIKANDI , MUJAHADAH AGAR MENJADI WANITA SOLEHAH YANG DIREDHAI DAN DIKASIHI ALLAH~

No comments:

Post a Comment