30 Apr
Zaid bin Sa`nah telah berjumpa dengan Nabi s.a.w. sebelum beliau memeluk Islam dengan tujuan untuk menguji tentang sifat Baginda sebagai seorang Nabi, iaitu lemah lembut yang mengatasi sifat marah dan bila berdepan dengan orang yang terlalu jahil melainkan akan bertambah lemah lembut baginda, Zaid telah menuntut hutangnya dari Baginda Nabi s.a.w.yang belum sampai masanya dengan sikap yang kasar dan keras, lalu disambut oleh Baginda dengan lapang dada dan senyum manis, sebaliknya Umar telah memarahi lelaki tersebut, kemudian Nabi s.a.w. telah menunjukkan kepada mereka berdua sebagai mengajar dan mendidik dengan sabdanya;
” أنا وهو كنا أحوج الى غير هدا يا عمر ، تأمرنى بحسن القضاء ، وتأمره بحسن التقاضى”
Ertinya; “Aku dan dia, kami sebenarnya lebih berhajat kepada selain daripada ini wahai Umar! Kamu sepatutnya menyuruh aku supaya melakukan pembayaran dengan baik dan menyuruhnya supaya menuntut hutang dengan cara yang baik”.
Lepas itu Nabi s.a.w. membayar hutang dan lelaki tersebut terus memeluk Islam.
Baca selanjutnya TIP MERAWAT KEMARAHAN DI:
http://masjidassyakirin.wordpress.com/2011/04/30/jangan-marah-bagi-kamu-syurga/
No comments:
Post a Comment