Wednesday 16 November 2011

Mat Sabu Dan Bukit Kepong

29 Ogo

 
Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong berlaku pada 23 Februari 1950. Dalam peristiwa tersebut balai polis Bukit Kepong telah diserang. Masa kejadian berlaku Tanah Melayu diperintah oleh Penjajah British. Maka Polis Bukit Kepong adalah polis kerajaan British.
Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil dan terpencil lebihkurang  59 km dari bandar Muar. Sebelum serangan balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey. Ketika serangan  beliau telah diganti oleh Sarjan Jamil Mohd Shah.
Serangan ke atas Balai Polis Kepong di katakan diketuai oleh Mat Indra , atau  Ahmad @ Muhammad Indra.
Ahmad bin Indera dikatakan salah seorang daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Dilahirkan pada 1920 di kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat

Ahmad bin Indera mendapat pendidikan awal di sekolah agama sehingga tahun 1937. Dia kemudian pernah berkhidmat sebagai seorang guru agama di sekolah Agama Parit Setongkat, Muar.
Ahmad bin Indera kemudiannya terbabit dalam politik apabila menyertai ahli sayap pemuda Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dengan matlamat membebaskan tahahair daripada penjajahan Inggeris. PKMM diasaskan oleh Mokhtaruddin Lasso dan Ahmad Boestamam. Dr. Burhanuddin Helmi pula sebagai Naib Yang Di Pertua.
Muhammad Indera kemudiannya dituduh penderhaka dan menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di penjara Taiping kerana menentang British. Ada juga yang mengatakan beliau  digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru.
Sejarah mencatitkan pejuang menetang British yang lain ialah Tok Janggut. Perjuagan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya.

No comments:

Post a Comment