Wednesday 16 November 2011

Syiah Memfitnah Nabi s.a.w : Mukjizat Keldai

Tulisan berikut adalah pengakuan seorang Ulama Syiah  dipetik dari buku beliau
“Suatu pengakuan dan pengiktirafan Ulama Syiah terhadap Allah dan sejarah – suatu pembongkaran rahsia yang terpendam dan pembersihan diri Imam-imam yang athaar  “
atau buku terjemahannya  Kenapa Aku Meninggalkan Syiah
Karangan Al-Syeikh Al-Allamah Dr. Sayid Husain Al-Musawi Al-Husaini.

Daripada Amirul Mukminin a  bahawa ‘Ufair iaitu
keldai Rasulullah s  berkata kepada baginda: Ku tebus diri mu
dengan ibu bapa ku wahai Rasulullah! Sesungguhnya bapa ku
meriwayatkan kepada ku daripada bapanya daripada datuknya
daripada moyangnya: “Bahawa dia bersama Nuh a  di dalam
kapal. Maka Nabi Nuh a  datang kepadanya dan mengusap atas
punggungnya kemudian berkata: Akan keluar daripada
keturunan keldai ini seekor keldai yang akan ditunggang oleh
Penghulu dan Penutup Sekalian Nabi. Maka syukur kepada
Allah yang menjadikan ku keldai tersebut.
( 1/237 : أصول الكافي  )

Riwayat ini menerangkan kepada kita perkara berikut:

1. Keldai bercakap!

2. Keldai berbicara kepada Rasulullah s dengan katanya:
“Ku tebus diri mu wahai Rasulullah dengan ibu bapa
ku!” sedangkan kaum Musliminlah yang menebus
Rasulullah s dengan ibu bapa mereka bukannya keldai.

3. Keldai berkata: “Bapa ku meriwayatkan kepada ku
daripada datuk yang keempat!”  sedangkan antara
Nabi Nuh a dan Nabi Muhammad s terpisah ribuan
tahun. Bagaimana Keldai Rasulullah s boleh
mengatakan datuknya yang keempat ada bersama Nuh
a di dalam kapal
.

Pernah sekali kami membaca  “ أصول الكافي  ” bersama sebahagian penuntut Al-Hauzah Al-
Ilmiah di Najaf bergurukan Al-Imam Al-Khu’i dan beliau mengatakan:

Lihatlah mukjizat ini. Nuh amemberitahu tentang
Muhammad s dan kenabiannya sebelum kelahiran
baginda sejak ribuan tahun yang lampau.”

Kata-kata Al-Imam Al-Khu’i masih kekal terngiangngiang
seketika dan aku membisikkan di dalam hati bagaimana
boleh dikatakan mukjizat sedangkan keldai berkata kepada
Rasulullah s: “Ku tebus diri mu wahai Rasulullah dengan ibu
bapa ku!” Dan bagaimana pula Amirul Mukminin a boleh
menukilkan riwayat sebegini!?

No comments:

Post a Comment