Wednesday 16 November 2011

Mesyuarat BN: P’raya atau rombakan kabinet?

Posted on the November 15th,2011 under Politik by admin


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat spekulasi bahawa rombakan kabinet akan diadakan, memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bermesyuarat dengan ketua-ketua parti komponen malam ini.
Lim, yang juga setiausaha agung DAP, menyifatkan mesyuarat yang dijadualkan malam ini sebagai “menarik” dan mengandaikan salah satu daripada dua perkara yang dijangkakannya itu.
“Ia mungkin pembubaran Dewan Rakyat, tetapi kemungkinannya kecil. Tetapi ada satu lagi sebab, yang kebanyakan orang tidak jangkakan – rombakan kabinet,” katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.
Jika ia mengenai rombakan kabinet, Lim berkata persoalan yang akan timbul adalah sama ada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan kekal memandangkan kemelut projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dimiliki keluarganya.


“Adakah beliau (Shahrizat) akan digugurkan? Daripada menternak lembu di ladang, beliau mahu ternak lembu di sebuah kondominium,” sindir Lim.
Sebelum ini, pemimpin BN menuntut perletakan jawatan Shahrizat. Ia termasuk Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab patut meletakkan jawatan.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment